Skip to main content

Berita Tempatan

10 Bulan Kenal Terus Ajak Kahwin, Syazani Zikry Sah Bergelar Suami Sofiah Abu Bakar - "Tak Sangka Seawal Ini..."

10 Bulan Kenal Terus Ajak Kahwin, Syazani Zikry Sah Bergelar Suami Sofiah Abu Bakar - "Tak Sangka Seawal Ini..."

Sekilas

  • Pelakon Syazani Zikry selamat bernikah dengan Sofiah Abu Bakar dalam majlis akad nikah di Puchong pada pagi Sabtu.
  • Mereka mula berkenalan pada Januari 2025 selepas Syazani terlihat foto Sofiah di Instagram rakan universiti dan bertunang selepas 10 bulan mengenali.
  • Pasangan ini merancang percutian singkat ke Vietnam selepas majlis, dengan bulan madu sebenar dijangka pada penghujung tahun selepas menyelesaikan komitmen kerja.
Advertisement

Pelakon Syazani Zikry Zainul Hakim selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Sofiah Abu Bakar dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di The Square, A Park, Puchong, pagi Sabtu.

Dengan sekali lafaz, pasangan berkenaan sah bergelar suami isteri dalam majlis yang disempurnakan jurunikah, Ustaz Idrus, manakala Sofiah diwalikan bapanya, Abu Bakar Ismail.

Advertisement

Pada majlis tersebut, Syazani menyerahkan wang hantaran sebanyak RM20,000, manakala mas kahwin berupa seutas gelang emas.

Pasangan itu turut bertukar dulang hantaran dengan Syazani menyediakan lima dulang dan dibalas tujuh dulang daripada pihak Sofiah.

Berkongsi kisah perkenalan mereka, Syazani berkata semuanya bermula selepas dia terlihat foto Sofiah menerusi Instagram rakan universitinya, Amelia.

Advertisement

“Saya kenal dengan Sofiah melalui Amelia, ‘uni mate’ saya. Mula mula saya ternampak gambar Sofiah di Instagram Amelia dan terus minta Amelia tanyakan statusnya sebelum saya sendiri mendekati untuk berkenalan. Rupanya mereka berdua adalah jiran,” katanya.

Menurut Syazani, mereka mula berkenalan pada Januari 2025 sebelum hubungan itu semakin serius.

Malah, hanya selepas kira kira 10 bulan mengenali Sofiah, Syazani sudah berani bertanyakan soal perkahwinan.

“Hasrat untuk saya berkahwin memang sudah ada, tetapi tidak sangka ia datang seawal ini.

“Sewaktu mengenali Sofiah, saya terdetik hati untuk terus bertanya jika dia mahu berkahwin selepas 10 bulan berkenalan,” katanya.

Selepas bergelar suami isteri, pasangan itu bakal berlepas ke Vietnam sehari selepas majlis pernikahan untuk menikmati percutian singkat.

Bagaimanapun, Syazani menjelaskan perjalanan tersebut bukan bulan madu kerana mereka merancang percutian sebenar pada penghujung tahun selepas menyelesaikan komitmen kerja masing masing.

“Ini bukan dikira honeymoon tetapi sekadar short getaway untuk release kan stress,” katanya.

Sofiah difahamkan teringin mengunjungi Montenegro, namun pasangan tersebut masih belum membuat keputusan mengenai destinasi bulan madu mereka.

Dalam pada itu, Syazani berkata perkahwinan tidak akan memperlahankan perjalanan karier seninya kerana Sofiah memahami tuntutan kerjanya sebagai pelakon.

“Alhamdulillah, Sofiah seorang yang sangat memahami kehendak kerja saya dan tidak pernah menghalang apa apa.

“Saya akan teruskan perjuangan karier seni saya seperti biasa dengan matlamat yang lebih besar. Perjalanan saya masih jauh,” katanya.

Mengenai cahaya mata pula, Syazani berkata mereka belum menetapkan sebarang perancangan buat masa ini dan mahu memberi tumpuan kepada kerjaya masing masing terlebih dahulu.

Anda mungkin berminat dengan

Emas Jaguar (7.02g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Paperclip 0.5 Love Gemuk 24K Gold Plated Jewellery (22460501-1LG)

Emas Jaguar (7.02g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Paperclip 0.5 Love Gemuk 24K Gold Plated Jewellery (22460501-1LG)

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

Must Watch Video

Advertisement