Sekilas
- Bella Astillah dan Syed Saddiq akan melangsungkan perkahwinan pada 10 Oktober 2026 dengan akad nikah di tingkat 118, Precinct Merdeka 118, menjadikan mereka pasangan pertama bernikah di situ.
- Majlis perkahwinan mereka akan disiarkan secara rasmi oleh Astro dan mengangkat konsep serba putih dengan elemen Arab.
- Selain Kuala Lumpur, pasangan ini juga merancang majlis persandingan dan keraian di Muar dan Sabah dalam bulan yang sama.
Pasangan Bella Astillah dan Syed Saddiq kini menghitung hari sebelum melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan mereka berdua.
Pastinya, peminat Bella dan Syed Saddiq sendiri yang dikenali dengan gelaran BASS semakin tidak sabar menantikan tarikh 10 Oktober yang bakal menjadi detik paling manis buat pasangan tersebut.
Tatkala detik yang dinanti semakin dekat, mari kita singkap kembali beberapa trivia menarik mengenai majlis Bella dan Syed Saddiq:
1. 10 Oktober 2026 jadi tarikh keramat
Pasangan, Bella Astillah dan Syed Saddiq memilih 10 Oktober depan atau 10.10 sebagai tarikh untuk disatukan sebagai suami isteri.
Pengumuman eksklusif mengenai tarikh bahagia itu disiarkan secara langsung dalam program MeleTOP pada 18 Ogos 2026.
2. Akad nikah di Precinct Merdeka 118
Pasangan ini akan disatukan di bangunan ikonik negara dan bakal mencipta sejarah sebagai pasangan pertama yang diijabkabulkan di menara tersebut.
Lokasi pernikahan ini direalisasikan menerusi kolaborasi istimewa antara Astro dan Precinct Merdeka 118, menjadikan ikon Kuala Lumpur itu sebagai latar eksklusif untuk hari bahagia pasangan pengantin.
3. Astro penyiar rasmi majlis perkahwinan BASS
Bella sebelum ini mendedahkan bahawa hak penyiaran majlis perkahwinan mereka terikat dengan kontrak bersama Astro.
Jadi, perkembangan mengenai hari bahagia pasangan ini akan dikongsikan menerusi platform rasmi Astro.
4. Konsep serba putih
Untuk majlis akad nikah, Bella dan Syed Saddiq memilih konsep serba putih dengan elemen Arab.
Pemilihan konsep tersebut juga dibuat atas persetujuan keluarga kedua-dua belah pihak.
5. Bella Astillah kongsi siapa bakal jadi 'bridesmaid'
Bella Astillah memilih bridesmaids berdasarkan persahabatan sejati, bukan populariti atau status artis.
Antara selebriti yang dipilih menjadi bridesmaid adalah Toh Puan Syamim Freida, Didi Astillah, Emma Suhaimi, Elyssa Johari dan Tya Arifin.
6. Majlis bukan di Kuala Lumpur sahaja
Selain akad nikah di Kuala Lumpur, pasangan ini turut merancang beberapa majlis persandingan dan keraian di Kuala Lumpur, Muar dan Sabah pada bulan yang sama.
7. "Tiada dream wedding tapi ada dream wife" - Syed Saddiq
Dalam satu kenyataan yang cukup romantik, Syed Saddiq berkata: “I don't have a dream wedding, but I have a dream wife.”
Baginya, perkara lebih penting daripada kemeriahan majlis adalah kehidupan yang bakal dibina bersama wanita yang dianggapnya sebagai isteri impian.
Jangan lupa ikuti perkembangan majlis penyatuan dua hati Bella Astillah dan Syed Saddiq menerusi semua platform Astro dan Sooka.