Skip to main content

Hiburan

12 Tahun Berkarya, Aliff Syukri Terkejut Lagu Raya Masuk Radio - "Ini Adalah Satu-Satunya..."

Datuk Aliff
Advertisement

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui terkejut apabila lagu raya terbaharunya bersama keluarga iaitu Mama Papa Raya mendapat sambutan luar biasa daripada pendengar sehingga dimainkan di beberapa stesen radio tempatan.

Menurut Aliff, sepanjang lebih sedekad menghasilkan lagu, kebanyakan karya nyanyiannya sering menjadi tular di media sosial, namun jarang sekali diputarkan di radio.

Advertisement

"Perasaan saya jujurnya, terkejut sebab saya dah buat 12 tahun lagu sebenarnya. Boleh dikatakan semua lagu saya viral tapi tak keluar radio. Ini adalah satu-satunya lagu yang keluar radio dan saya rasa mungkin sebab buat dengan family, dan sebenarnya lagu ni pun lagu saya seorang.

"Kita tak sangka pun lagu tu viral sebab kita memang spend pun tak banyak. Lepas tu kita buat untuk kenang-kenangan kita, dan sebab kita dah bayar kan lagu tu. 

“Dan bila dia viral sebab kita tak buat sebarang gimik pun lagu tu. Tak sangka keluar radio Era, Hot FM, Sinar semua keluar. Terima kasih kepada peminat," katanya kepada Gempak.

Mengulas lanjut, Aliff berkata lagu raya yang dihasilkannya bukan sekadar untuk populariti, sebaliknya sebagai salah satu cara untuk memastikan dirinya kekal relevan dalam industri.

“Sejujurnya saya buat lagu raya ini bukan untuk glamor. Saya cuma nak pastikan diri saya kekal relevan tapi bukanlah relevan semata-mata untuk menyanyi. Lebih kepada memastikan orang masih ingat saya dalam dunia bisnes,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aliff juga mengakui tiadanya gimik untuk lagu baharu ini memberi satu kesan positif terhadap perniagaannya apabila ramai pelanggan memberi maklum balas yang baik.

“Bila kita viral dengan perkara yang baik, orang pun ramai menyokong. Kami juga dapat banyak maklum balas positif daripada pelanggan,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement