Skip to main content

Hiburan

12 Tahun Menetap Di Kawasan Perumahan Ada ‘Guard’, Sheila Rusly Terkejut Depan Rumah Rupa-Rupanya…

Astrogempak Shiela Rusly

Sekilas

  • Shiela Rusly berkongsi pengalaman mengejutkan apabila kawasan kediamannya yang selama ini dianggap selamat rupa-rupanya menjadi tempat persembunyian seorang perompak.
  • Perompak tersebut telah berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa, namun kejadian itu tetap meninggalkan rasa tidak selamat dalam diri Shiela.
  • Netizen turut berkongsi pengalaman serupa di ruangan komen, menunjukkan isu keselamatan di kawasan perumahan menjadi perhatian ramai.
Advertisement

Pelakon dan penerbit, Shiela Rusly mengakui tidak menyangka kawasan kediaman yang didiaminya bersama keluarga selama ini rupanya menjadi lokasi persembunyian seorang perompak.

Perkara tersebut dikongsikan Shiela menerusi satu hantaran di platform Threads.

“Kejadian malam tadi, 12 tahun duduk gated dan guarded residential baru tahu depan rumah yang kawasan kau rasa paling selamat rupanya perompak sewa. Scary kan?” tulisnya di Threads.

Advertisement

Menurut Shiela, individu terbabit bagaimanapun telah berjaya ditahan oleh pihak berkuasa. 

Namun begitu, pengalaman tersebut tetap meninggalkan rasa bimbang dalam dirinya sebagai penghuni kawasan tersebut.

“Dah, tapi sis still rasa unsafe,” ujarnya ketika membalas pertanyaan netizen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama yang pernah dilalui mereka.



Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement