Sekilas
- Linda Hashim dan Beego disahkan bercerai talak tiga pada Khamis di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Rumah tangga mereka mula bermasalah sejak Januari tahun lalu dengan perceraian pertama pada Mac 2023, kemudian rujuk dan berpisah beberapa kali.
- Mereka berkahwin pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga anak iaitu Jelita Clarissa, Anggun Cassandra, dan Indah Camelia.
Rumah tangga pelakon Linda Hashim dan Beego dilaporkan sudah berakhir apabila mereka disahkan sudah bercerai dengan talak tiga pada Khamis.
Menerusi perkongsian video di Instagram sebuah portal hiburan, Linda dan Beego sempat bertegur sapa di luar Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sejak Januari tahun lalu, rumah tangga Linda dan Beego menjadi perhatian ramai apabila aktres itu memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman.
Pasangan tersebut pernah bercerai pada Mac 2023 sebelum rujuk semula pada April tahun sama, namun Linda mendakwa mereka kembali berpisah beberapa bulan kemudian sebelum bersama semula.
Mendirikan rumah tangga pada Jun 2013, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.
Sumber: Instagram