Skip to main content

Viral

16 Tahun Hidup Bersama Bung Moktar, Zizie Ezette; "Akhirnya Orang Mula Bercakap Tentang Kebaikan, Pengorbanan ..."

zizie_bung

Sekilas

  • Datin Seri Zizie Izette berkongsi sisi peribadi dan nasihat arwah suaminya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang terkenal dengan sifat pemurah dan berkorban untuk orang lain.
  • Selepas pemergian Bung Moktar, ramai mula menceritakan kebaikan dan jasa allahyarham yang selama ini tersembunyi daripada pengetahuan umum.
  • Bung Moktar meninggal dunia pada usia 66 tahun dan dikebumikan di Kota Kinabalu, meninggalkan isteri dan lima anak, termasuk dua anak angkat.

Pelakon Datin Seri Zizie Izette terus membuka sisi paling peribadi arwah suaminya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang jarang diceritakan selama ini.

Jelas Zizie, dia tidak akan melupakan kata-kata yang sering dititipkan arwah suaminya itu sepanjang hayat.

“Thank you for the 16 years. You worked so hard for everyone, and you always did your best. You fought for the people around you, never for yourself. You were selfless,” tulisnya.

Menurut Zizie, hanya selepas pemergian Bung Moktar barulah ramai tampil menceritakan kebaikan, jasa dan amal yang sering disembunyikan allahyarham daripada pengetahuan umum.

“Now that you’re gone, people finally speak about your kindness, your sacrifices, your good deeds.

“I will never forget your advice: ‘If your right hand gives to someone, even your left hand shouldn’t know.’ Keep your sadaqah hidden. Let your goodness be known only to Allah," tambahnya.

Zizie turut berjanji untuk meneruskan hikmah dan nilai yang ditinggalkan allahyarham demi anak-anak mereka.

“Thank you for all the wisdom you poured into me. I will carry it, cherish it, and pass it on to our children, so a part of you keeps living through us.

“May Allah forgive you, shower you with mercy, and grant you Jannah," tulisnya lagi.

Bung Moktar, 66, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.46 pagi semalam, ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, Kota Kinabalu, pada 2.25 petang, semalam.

Allahyarham Bung Moktar dan Zizie yang berkahwin pada 2009 dikurniakan tiga cahaya mata serta memiliki dua anak angkat.

Must-Watch Video

Advertisement