Skip to main content

Hiburan

17 Hari Terlantar Akibat Diserang Anjing Liar, Adik Nur Haira Dah Boleh Berjalan

17 Hari Terlantar Akibat Diserang Anjing Liar, Adik Nur Haira Dah Boleh Berjalan

Sekilas

  • Nur Haira Wafiqah, kanak-kanak berusia dua tahun yang diserang anjing liar, kini sudah mampu berjalan selepas 17 hari terlantar.
  • Walaupun sudah boleh berjalan, Nur Haira masih memerlukan bantuan dan pemantauan kerana keadaannya belum stabil dan badannya masih menggigil.
  • Nur Haira dijadualkan menjalani pembedahan kepala minggu ini untuk merawat kecederaan dan memastikan aliran darah pada bahagian cedera berjalan lancar.
Advertisement

Selepas 17 hari terlantar akibat diserang sekumpulan anjing liar, kanak-kanak berusia dua tahun, Nur Haira Wafiqah Muhammad Hamizi kini menunjukkan perkembangan positif apabila dilaporkan sudah mampu berjalan.

Walau bagaimanapun, ibunya, Nur Wahyuni Harun memaklumkan Haira masih belum pulih sepenuhnya dan memerlukan pemantauan sewaktu bergerak.

Advertisement

“Nur Haira perlu dipapah dan dipantau bagi memastikan dia tidak terjatuh ketika berge­rak. Alhamdulillah, Nur Haira sudah boleh berjalan selepas 17 hari terlantar tetapi keadaannya masih belum stabil.

“Badannya masih menggigil dan apabila berjalan dia terhuyung-hayang. Dia masih susah untuk bergerak dan perlu dibantu,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Wahyuni memaklumkan Haira bakal menjalani pembedahan pada bahagian kepala minggu ini.

Katanya, pembedahan tersebut perlu dilakukan bagi merawat kecederaan yang dialami anaknya selepas insiden serangan tersebut.

“Nur Haira akan menjalani pembedahan pada bahagian kepala minggu ini. Pembedahan untuk selamatkan selaput kulit kepala bagi selamatkan tempurung kepala.

“Pembedahan ini dilakukan untuk melancarkan aliran darah pada bahagian cedera tersebut, kalau tidak buat, tempurung kepala akan kering dan akan jadi mudah rapuh.

“Buat masa ini kami hanya menunggu perkembangan daripada pihak doktor. Keluar­ga berharap pembedahan itu berjalan lancar dan keadaan Nur Haira terus menunjukkan perkembangan positif selepas rawatan tersebut,” katanya lagi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi pada 5 September lalu, Nur Haira diserang lima ekor anjing liar ketika berada di luar rumah neneknya di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat.

Akibat serangan itu, Nur Haira mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber: Kosmo

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement