Skip to main content

Hiburan

2 Tahun Mak Wan Menderita Kerana Kontroversi - “Ya Saya Pendosa Tapi Jangan Hukum Saya Begini”

2 Tahun Mak Wan Menderita Kerana Kontroversi - “Ya Saya Pendosa Tapi Jangan Hukum Saya Begini”

Sekilas

  • Pelakon veteran Mak Wan Latah mendedahkan kontroversi dan kecaman yang diterima menyebabkan dia terputus rezeki dan kurang mendapat tawaran lakonan selama dua tahun.
  • Dia juga mengalami masalah kesihatan akibat tekanan dan berharap diberi peluang bekerja tanpa mengira bayaran atau jenis watak.
  • Mak Wan Latah memohon agar tidak dihukum berdasarkan khabar angin atau kisah silam, dan hanya mahu berusaha mencari rezeki dengan usaha sendiri.
Advertisement

Pelakon veteran, Halimatussa'diah Mohd Daud atau lebih mesra disapa Mak Wan Latah mendakwa kontroversi serta kecaman yang diterima telah membuatkan dirinya ‘terduduk’ dan terputus rezeki sehingga mengakibatkan dirinya kurang mendapat tawaran lakonan.

Menurut Mak Wan, kontroversi serta kecaman itu juga membuatkan kesihatan dirinya juga terjejas.

Advertisement

“Banyak sangat-sangat (terputus tawaran). Seingat saya selama dua tahun juga. Dua tahun saya menderita disebabkan masalah kontroversi.

“Dalam dua tahun itu juga saya dapat sakit. Orang banyak mengata saya. Mereka kata saya berbohong tak ada duit. Kalau saya tak kerja, saya nak dapat duit dari mana?

“Memanglah anak ada bagi, tapi anak pun ada komitmen mereka juga. Bukannya anak-anak tak bagi tapi berapa yang mereka mampu saja,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Mak Wan berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Rabbani Event Hall, bertempat di Scott Garden, Kuala Lumpur pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mak Wan memaklumkan dia tidak pernah memilih watak mahupun bayaran sebaliknya hanya mahu diberikan peluang untuknya berusaha mendapatkan wang hasil dari titik peluhnya sendiri.

Dalam masa yang sama, pelakon drama Bukan Aku Tak Cinta ini berharap agar dia tidak dihukum berdasarkan khabar angin mahupun kisah silamnya.

“Sebab itu saya minta kepada Allah, berilah saya job supaya orang tak mengata saya dah. Soal duit dan bayaran saya tak kisah, janji ada duit.

“Saya tak kisah berapa sekalipun janji ada duit untuk saya ke hospital dan makan. Kalau cakap pasal makan pun saya dah tak kuat, paling-paling pun makan bubur saja.

“Jadi kepada pihak produksi, saya tak kisah. Jadi ekstra pun saya okay.

“Jangan hukum saya, sudah-sudahlah. Ya, saya seorang pendosa tapi jangan hukum saya,” ujarnya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement