Skip to main content

Hiburan

2 Tahun Syanie Tak Ada Tawaran Berlakon, Pernah Di 'Offer' Bayaran RM500 - “Bukannya Nak Demand Tapi…”

Syanie

Sekilas

  • Pelakon Syanie Hisham sudah hampir dua tahun tidak menerima tawaran lakonan walaupun berpengalaman lebih 30 tahun dalam industri seni.
  • Dia sedar trend industri kini lebih menitikberatkan jumlah pengikut media sosial dalam pemilihan pelakon.
  • Syanie pernah menolak tawaran kerana bayaran yang ditawarkan terlalu rendah dan tidak setimpal dengan pengalaman serta usaha yang diperlukan.
Advertisement

Pelakon Syanie Hisham mengakui berasa sedih apabila sudah pernah hampir dua tahun tidak menerima sebarang tawaran lakonan daripada produksi drama mahupun filem.

 

Advertisement

Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham, 52, bagaimanapun reda dengan situasi tersebut selepas lebih tiga dekad berkecimpung dalam industri seni tempatan.

 

Menurutnya, dia menyedari trend industri hiburan kini turut mengambil kira jumlah pengikut di media sosial ketika memilih pelakon.

Advertisement

 

“Kalau nak ikutkan, saya memang sudah dua tahun tiada penggambaran. Bukan tak mahu berlakon, tetapi memang tiada tawaran.

 

“Sedih itu ada sebab saya dalam industri ini sudah lebih 30 tahun sejak 1991. Bila tak ada tawaran, terasa juga. Tak ada ke langsung benda yang saya buat menunjukkan saya ini boleh kekal relevan?

 

“Tetapi kita kena terima hakikat yang sekarang ini orang tengok jumlah pengikut. Saya menerima hakikat mungkin bukan rezeki saya. Kalau rezeki, takkan ke mana,” katanya kepada Gempak.

 

Mengulas mengenai soal bayaran pula, Syanie mengakui pernah menerima beberapa tawaran lakonan, namun terpaksa menolaknya kerana kadar yang ditawarkan terlalu rendah dan tidak setimpal dengan pengalaman dimiliki.

 

Tegasnya, dia bukan mahu meletakkan harga terlalu tinggi, sebaliknya mengharapkan bayaran yang munasabah berdasarkan pengalaman lebih 30 tahun dalam industri.

 

“Saya pernah dapat tawaran yang rendah daripada harga saya. Saya bukannya nak ‘demand’ tinggi, tetapi biarlah berbaloi dengan 30 tahun punya pengalaman.

 

“Mereka tawar RM500 untuk sehari, yang mana membabitkan sehingga 15 babak dari pagi sampai malam.

 

“Bagi saya ia tidak berbaloi kerana saya kena cari baju sendiri. Saya bukannya budak kecil yang boleh guna baju sedia ada daripada produksi,” ujarnya.

 

Anda mungkin berminat dengan

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

Must Watch Video

Advertisement