Skip to main content

Hiburan

“2026 Muka Surat Kosong, Kita Cipta…” - Uqasha Senrose Anggap Ujian Pemangkin Diri Untuk Jadi Lebih Kuat

Uqasha Senrose

Sekilas

  • Pelakon Uqasha Senrose berkongsi ucapan tahun baharu 2026 di platform Threads dengan harapan segala urusan dipermudahkan dan mengajak pengikutnya untuk tidak terus dibelenggu kisah silam.
  • Uqasha menganggap pengalaman pahit dua tahun kebelakangan sebagai pengajaran untuk menjadi lebih kuat dan berterima kasih atas segala yang berlaku pada 2024 dan 2025.
  • Beliau berharap dapat mengisi tahun 2026 dengan kegembiraan bersama keluarga, khususnya anaknya, Uqaira, dan memulakan lembaran baharu yang lebih bahagia.

Sempena tahun baharu 2026, pelakon Uqasha Senrose tidak melepaskan peluang untuk menitipkan ucapan menyambut ketibaan tahun baharu.

Menerusi hantaran di platform Threads, pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen berharap agar segala urusan sepanjang tahun 2026 dipermudah dan menitip pesan buat semua pengikutnya untuk melangkah ke tahun baharu tanpa terus dibelenggu kisah silam.

“Assalamualaikum 2026, semoga dipermudahkan segala urusan kita semua di kedepan hari.

“Jangan toleh kebelakang, anggap lah apa yang terjadi menjadi satu kenangan untuk mengajar kita erti sebenar kehidupan,” tulisnya.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak ini menganggap segala kepahitan yang dialaminya dua tahun kebelakang ini adalah petanda buatnya untuk menjadi seorang yang kuat.

Pelakon drama Jika Cinta Itu Buta,  juga berharap dapat memenuhi buku baharu sepanjang tahun 2026 ini dengan kegembiraan bersama orang tersayang.

“Terima kasih atas apa yang berlaku lebih-lebih lagi pada tahun 2024 dan 2025.

“Pahit, manis, sedih dan marah adalah satu rasa yang Allah bagi kita rasa untuk menjadi orang yang lebih kuat.

“Untuk Uqaira, mari kita mulakan kehidupan kita. 2026 muka surat kosong, kita cipta bahagia. Selamat tahun baharu,” kongsinya.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement