Sekilas
- Pasangan selebriti Korea Selatan, IU dan Lee Jong Suk, disahkan berpisah selepas empat tahun bersama.
- Agensi mereka memaklumkan keputusan berpisah dibuat secara baik dan mereka akan terus menyokong kerjaya masing-masing sebagai rakan sekerja.
- Kesibukan kerja menjadi faktor utama perpisahan, walaupun mereka mula mengenali sejak 2012 dan mengumumkan hubungan cinta pada akhir 2022.
Pasangan selebriti Korea Selatan, IU dan Lee Jong Suk dilaporkan telah berpisah selepas empat tahun menyulam kasih.
Perkara itu disahkan oleh agensi yang mewakili kedua-dua bintang tersebut pada Jumaat dengan memaklumkan mereka membuat keputusan untuk berpisah secara baik.
Menurut kenyataan wakil kedua-dua pihak, IU dan Lee Jong Suk kini memilih untuk meneruskan kehidupan sebagai rakan sekerja dan saling memberikan sokongan terhadap kerjaya masing-masing.
Memetik laporan media Korea, kesibukan bekerja pasangan tersebut menyebabkan mereka sukar meluangkan masa bersama.
Keadaan itu dikatakan menjadi faktor utama yang membawa kepada keputusan untuk mengakhiri hubungan selepas empat tahun bersama.
Pasangan itu mula mengenali antara satu sama lain pada tahun 2012 ketika sama-sama bergelar pengacara program muzik popular SBS, Inkigayo.
Selepas hampir sedekad menjalinkan persahabatan, hubungan mereka akhirnya bertukar menjadi cinta sebelum disahkan kepada umum pada penghujung tahun 2022.