Skip to main content

Hiburan

40 Minit Terperangkap Dalam Lif, Ara Johari Terpaksa Memanjat Keluar - “Saya Hanya…" 

40 Minit Terperangkap Dalam Lif, Ara Johari Terpaksa Memanjat Keluar - “Saya Hanya…" 

Sekilas

  • Penyanyi Ara Johari terperangkap hampir 40 minit dalam lif di sebuah hotel di Sarawak ketika sedang bersiap untuk persembahan.
  • Tiada liputan telefon dalam lif menyebabkan pengurusnya membuka sedikit pintu untuk mendapatkan sambungan dan menghubungi pihak penganjur.
  • Ara tidak panik sepanjang kejadian dan menjelaskan dia tidak mengalami klaustrofobia, cuma kurang selesa dalam ruang terlalu sempit.
Advertisement

Penyanyi, Ara Johari berkongsi pengalaman mencemaskan apabila terperangkap di dalam sebuah lif di hotel ketika berada di Sarawak, Sabtu lepas. 

Menurut Ara, kejadian berlaku ketika dia menghadiri sebuah acara yang lokasinya bersambung dengan hotel tempat dia menginap.

Advertisement

Lebih mencemaskan, insiden itu berlaku ketika dia sedang bersiap untuk membuat persembahan yang dijadualkan berlangsung pada pukul 4 petang.

“ Sebenarnya, kejadian itu agak melucukan. Ketika itu Ara sudah siap bersolek dan bersiap untuk membuat persembahan.

“Apabila lif tersangkut, Ara hanya duduk dan bertenang sebab tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Advertisement

“Pengurus Ara pula cuba membuka sedikit pintu lif sebab langsung tiada liputan telefon di dalam lif. Kami sudah menekan loceng kecemasan, tetapi tiada siapa mendengar kerana lif tersangkut di kawasan parkir yang tidak ramai orang lalu,” katanya.

Menurut Ara, mereka hanya berjaya mendapatkan sedikit liputan telefon selepas pengurusnya membuka sedikit pintu lif.

Mereka kemudian menghubungi pasukan Ara dan pihak penganjur untuk memaklumkan kejadian tersebut, selain mengatur semula jadual persembahannya sementara menunggu bantuan juruteknik.

Bagaimanapun, pengalaman itu memerlukan Ara dan individu lain menunggu hampir 40 minit sebelum berjaya keluar dari lif berkenaan.

“Hampir 40 minit juga saya terperangkap dalam lif itu. Apabila pintu akhirnya berjaya dibuka, kami terpaksa memanjat untuk keluar,” jelasnya.

Mengulas mengenai keadaan dirinya sepanjang terperangkap, Ara mengakui dia tidak terlalu panik, sebaliknya lebih tertanya-tanya tentang tindakan yang perlu dilakukan dalam situasi tersebut.

“Ara sebenarnya tidak terlalu panik. Ara cuma tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan dalam situasi itu.

“Nasib baik pengurus Ara ada bersama. Kalau Ara terperangkap seorang diri, mungkin Ara langsung tidak tahu apa yang perlu dibuat.

“Rasanya Ara hanya akan duduk dan reda menunggu sehingga pintu lif dibuka,” katanya sambil ketawa.

Dalam pada itu, Ara turut menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai masalah klaustrofobia atau ketakutan melampau terhadap ruang tertutup ketika ditanya mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, pelantun lagu Bunga itu mengakui kurang selesa apabila berada di tempat yang terlalu sempit, meskipun tidak kisah jika terpaksa berada dalam keadaan gelap.

“Untuk situasi itu, tidak. Ara tidak kisah berada dalam keadaan gelap, cuma Ara kurang selesa kalau tempat terlalu sempit.

“Nasib baik ketika kejadian, tidak terlalu ramai orang berada dalam lif. Kalau tidak silap, sekitar lima atau enam orang sahaja, jadi keadaan tidaklah terlalu sesak,” jelasnya.


 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement