Skip to main content
Advertisement

Filem

40 Peratus Penggambaran Di Malaysia, Filem 'Wanted By Family' Bakal Ditayang Di Lebih 25 Negara

40 Peratus Penggambaran Di Malaysia, Filem 'Wanted By Family' Bakal Ditayang Di Lebih 25 Negara

Sekilas

  • Filem 'Wanted By Family' akan ditayangkan di lebih 25 negara bermula 8 Oktober, dengan 40% penggambaran dilakukan di lokasi ikonik Malaysia seperti KLCC dan Menara KL.
  • Filem terbitan Inifinity Films dan Synergy Plus ini akan ditayangkan di lebih 450 pawagam serta sedang dalam perbincangan untuk tayangan rasmi di Malaysia bersama FINAS.
  • Projek ini mendapat sokongan agensi tempatan dan menjadi platform memperkenalkan Malaysia kepada penonton antarabangsa melalui kerjasama produksi negara Arab.
Advertisement

Malaysia bakal mendapat pendedahan di peringkat antarabangsa menerusi filem ‘Wanted By Family’ apabila karya berkenaan dijadualkan menemui penonton di lebih 25 negara bermula 8 Oktober depan.

Lebih menarik, kira kira 40 peratus penggambaran filem yang sebelum ini menggunakan judul ‘Mr VIP’ itu dilakukan di Malaysia dengan beberapa lokasi ikonik ibu negara turut menjadi latar cerita.

Advertisement

Penerbitnya, Abdulrahman Suud berkata filem terbitan Inifinity Films bersama produksi negara Arab, Synergy Plus itu bakal ditayangkan di lebih 450 pawagam.

Filem arahan Mootaz El Tomy itu dibintangi bintang Arab, Karim Abdel Aziz dan Yasmine Sabri selain pelawak terkenal Mesir, Mostafa Khater.

Menurut Abdulrahman, pihaknya juga sedang dalam proses perbincangan untuk membawa filem berkenaan ke pawagam Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Advertisement

“Untuk tayangan di Malaysia, pihak kami sudah menguruskan dokumen berkaitan dengan kerjasama serta bantuan FINAS. Pihak kami juga sudah bertemu Ketua Pegawai Eksekutif organisasi berkenaan, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

“Ikut perancangan tayangan di Malaysia juga berkemungkinan besar dalam bulan sama. Semoga segala yang dirancangkan akan dipermudahkan,” katanya.

Antara negara yang bakal menayangkan ‘Wanted By Family’ atau judul Arabnya, ‘Matlob A’liliyan’ termasuk Mesir, Qatar, Iraq, Oman, Lubnan, Kuwait, Bahrain, Syria, Maghribi, Algeria, Tunisia dan Jordan.

Filem itu turut dirancang menemui penonton di beberapa pasaran antarabangsa termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Turkiye, Australia, United Kingdom, Perancis, Sepanyol, Itali, Jerman, Switzerland, Sweden, Brazil dan Argentina.

Bagi Abdulrahman yang dilahirkan di Iraq dan membesar di Malaysia sejak berusia lapan tahun, projek berkenaan turut menjadi peluang untuk memperkenalkan negara ini kepada penonton antarabangsa.

“Macam saya tekankan dalam kenyataan sebelum ini, kecintaan saya terhadap Malaysia tiada kompromi.

“Bersekolah dan mencari rezeki di Malaysia selain pernah menetap di Jepun dan India, bumi Malaysia sudah memahat rasa paling istimewa yang lahir tanpa prejudis.

“Justeru, saya mahu usaha menjadikan Malaysia sebagai lokasi utama syarikat penerbitan filem dan TV negara Arab akan mencipta kesinambungan,” katanya.

Abdulrahman berkata beberapa lokasi ikonik seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC), Menara Kuala Lumpur dan Bangunan Sultan Abdul Samad dapat dilihat menerusi filem berkenaan.

“Kalau tonton treler filem ini, peminat Karim Abdel Aziz dan Yasmine Sabri khususnya akan ‘teracun’ untuk menjejaki lokasi dan destinasi menarik Malaysia yang dipaparkan. Malah nama Malaysia sendiri disebut berulang kali dalam filem ini.

“Melihat ‘footage’ treler ini sendiri saya takjub melihat bagaimana tarikan bangunan pencakar langit seperti KLCC, Menara KL dan Bangunan Sultan Abdul Samad contohnya dipromosikan dengan begitu indah,” katanya.

Dalam masa sama, Abdulrahman merancang meneruskan usaha menjadikan Malaysia sebagai lokasi penerbitan antarabangsa menerusi projek filem baharu yang menggunakan judul sementara ‘One Way Ticket’.

Penggambaran ‘Wanted By Family’ sebelum ini turut menggunakan khidmat 220 kru tempatan serta 33 kru termasuk barisan artis dari Mesir.

Produksi berkenaan turut mendapat sokongan beberapa agensi tempatan termasuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), PUSPAL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Anda mungkin berminat dengan

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Must Watch Video

Advertisement