Skip to main content

Hiburan

47 Tahun Masih Berbisa! Irene Catalina Lancar Single Baharu - "Saya Rasa Istimewa Sebab..."

hvjjhv

Sekilas

  • Irene Catalina menganggap usia 47 tahun sebagai keistimewaan yang membezakan dirinya dalam genre pop dance dengan elemen hip-hop 90-an.
  • Walaupun sudah lama tidak aktif, Irene yakin usianya bukan penghalang untuk terus berkarya dan menyerlah dalam dunia muzik.
  • Selepas lapan tahun, Irene kembali dengan single terbaru 'Mau Apa Lagi' yang menampilkan konsep pop dance dan hip-hop 90-an, ciptaan Bendittho.

Penyanyi, Irene Catalina mengakui faktor usia menjadi keistimewaan yang membezakannya dengan penyanyi lain.

Menurut Irene, pada usia 47 tahun, keberaniannya untuk berkarya dalam genre bertenaga seperti genre pop dance disuntik elemen hip-hop 90-an itu sudah cukup menjadi identiti tersendiri buatnya.

“Saya rasa istimewa kerana saya sudah berumur dan saya nyanyi lagu bergenre begini.

“Jadi, umur 47 itu sahaja keistimewaan saya berbanding penyanyi lain,” katanya.

Irene turut menjelaskan bahawa usianya yang kini mencecah 47 tahun tidak menjadi penghalang untuk kembali aktif dalam dunia muzik.

Katanya, perjalanan seninya masih panjang dan dia percaya masih banyak ruang untuk dirinya menyerlah.

“Saya sudah bersedia dengan kecaman kerana saya rasa seni itu tiada batasan umur.

“Saya rasa belum terlewat, masih ada peluang untuk saya menyerlah,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Irene Catalina membuat kemunculan semula selepas lapan tahun dengan single terbaharu berjudul Mau Apa Lagi, yang dilancarkan pada 17 November di Drum Asia Hartamas.

Lagu ciptaan Bendittho itu menampilkan konsep pop dance dengan suntikan hip hop 90-an, membawa kembali aura muzik penuh groove, attitude dan vibe street style era tersebut ke dalam sentuhan moden.

Menurut Bendittho, proses penciptaan lagu itu dibuat dengan memberi ruang kepada karakter vokal Irene yang versatil dan berani bereksperimen.

Must-Watch Video

Advertisement