Sekilas
- Senarai lima filem genre jenayah dan kepolisan ini menampilkan kisah penyamaran, pengkhianatan, dan identiti rahsia yang penuh dengan plot twist menarik.
- Filem antarabangsa seperti The Departed, Infernal Affairs, End of Watch, dan The Guilty memperlihatkan konflik antara polis dan penjenayah dengan jalan cerita yang mendebarkan.
- Filem tempatan CHELOT yang dibintangi Shukri Yahaya dan Shaheizy Sam akan ditayangkan pada 27 Ogos, mengisahkan pemburuan sindiket penyeludupan senjata selepas operasi PDRM gagal.
Bila cerita membabitkan polis dan penjenayah, siapa sangka individu yang selama ini dipercayai boleh menjadi pengkhianat?
Bagi peminat filem genre jenayah dan kepolisan, jalan cerita yang penuh penyamaran, pengkhianatan serta identiti rahsia sememangnya mampu membuatkan penonton tidak senang duduk.
Lebih menarik apabila plot twist yang diselitkan membuatkan kita mula mempersoalkan setiap watak — siapa sebenarnya kawan dan siapa pula lawan?
Kalau anda gemarkan filem sebegini, ini lima judul yang wajib masuk dalam senarai tontonan
The Departed (2006) – Dua perisik menyamar dalam pihak lawan: seorang polis menyusup masuk kumpulan gangster, manakala seorang gangster pula menyamar dalam pasukan polis. Memang permainan tikus dan kucing.
Infernal Affairs (2002) – Filem Hong Kong yang menjadi inspirasi kepada The Departed. Seorang polis menyamar dalam triad, sementara seorang anggota triad pula sudah bertahun-tahun menyamar dalam pasukan polis. Identiti masing-masing menjadi taruhan.
End of Watch (2012) – Dua anggota polis Los Angeles berdepan kumpulan penjenayah berbahaya. Bermula sebagai kisah rondaan biasa, keadaan berubah apabila mereka menjadi sasaran kartel. Lebih gritty dan dekat dengan realiti polis.
The Guilty (2018) – Seorang anggota polis yang bertugas sebagai operator kecemasan menerima panggilan daripada seorang wanita yang dipercayai diculik. Apa yang nampak mudah pada awalnya perlahan-lahan berubah apabila kebenaran di sebalik kes itu mula terungkai.
- CHELOT (2026) - mengisahkan pemburuan sebuah sindiket penyeludupan senjata selepas satu operasi besar Polis Diraja Malaysia (PDRM) gagal dan mengorbankan beberapa anggota. Kegagalan tersebut menjadi titik permulaan kepada satu misi lebih besar apabila Inspektor Haqqim, lakonan Shukri Yahaya, ditugaskan untuk menjejaki dalang di sebalik sindiket berkenaan. Dalam usaha membongkar rangkaian jenayah itu, Haqqim perlu berdepan dengan Dato’ Bakri, lakonan Shaheizy Sam, yang merupakan ketua sindiket berkenaan bersama orang kanannya, Azraf yang dilakonkan Beto Kusyairy.
CHELOT menjanjikan sebuah dunia yang penuh teka-teki dan mendebarkan dengan elemen kepolisan, kod rahsia, sindiket penyeludupan senjata dan permainan antara pemburu dengan yang diburu.
Filem yang dibarisi pelakon hebat antaranya Shukri Yahaya, Beto Kusyairy, Shaheizy Sam, Azhan Rani dan ramai lagi akan ditayangkan di pawagam pada 27 Ogos nanti.