Skip to main content

Festival

5 Sebab Makar Fest Johor Bahru 2025 Cipta Kejayaan Luar Biasa

makar

Makar Fest Johor Bahru 2025 baru sahaja melabuhkan tirainya dan ternyata festival empat hari ini benar-benar meninggalkan kesan mendalam kepada pengunjung. 

Dari seni hingga budaya, semuanya berjaya digabungkan dalam satu platform segar yang julung kali diadakan di Johor. 

Advertisement

Jom tengok kenapa Makar Fest kali ini dianggap satu kejayaan luar biasa.

1. Kehadiran 15,000 Pengunjung

Walaupun pertama kali dianjurkan, festival ini berjaya menarik lebih 15,000 pengunjung sepanjang empat hari penganjuran. Angka ini membuktikan penerimaan tinggi terhadap konsep berbeza yang diketengahkan.

2. Teater Eksklusif Dalam Penjara

Bayangkan menonton teater di dalam penjara sebenar! Persembahan arahan pengarah terkenal Sabri Yunus ini berlangsung selama dua hari dengan kapasiti 100 penonton sahaja setiap sesi. Tiket habis terjual, menjadikan pengalaman 200 penonton itu benar-benar rare dan bersejarah.

3. Gabungan Seni, Muzik dan Budaya

Dari muzik jalanan, pameran seni, hingga aktiviti interaktif, semuanya berjaya disatukan dalam satu festival. Kehadiran artis tempatan dan bakat baharu memberi warna tambahan, menjadikan suasana lebih meriah dan dekat di hati pengunjung.

4. Impak Positif Kepada Ekonomi Tempatan

Festival ini bukan sekadar hiburan, malah membuka peluang kepada vendor makanan, produk kreatif dan usahawan muda Johor untuk menerima sokongan padu daripada pengunjung. Ia sekali gus memberi sumbangan besar kepada ekonomi setempat.

5. Sokongan Padu 

Makar Fest turut mendapat perhatian Tourism Johor yang hadir memberikan sokongan penuh. Penganjur, Issey Fazlisham, turut melahirkan rasa syukur atas kejayaan luar biasa festival ini.

“Makar Fest kali ini membuktikan seni, muzik dan budaya mampu digabungkan dalam konsep berbeza untuk memberi pengalaman yang segar kepada masyarakat. Kami amat bersyukur dengan sambutan luar biasa ini, dan terima kasih kepada semua yang terlibat – daripada artis, vendor, pihak berkuasa, hinggalah kepada para pengunjung yang menjadikan festival ini hidup,” katanya.

 

 

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Makar Fest (@makarfest)

Melihat sambutan hangat, pihak penganjur merancang untuk menampilkan lebih banyak persembahan band indie dan bakat muda pada edisi akan datang, bagi menjadikan Makar Fest terus relevan dan segar untuk komuniti anak muda Malaysia.

Must-Watch Video

Advertisement