Sekilas
- Ryzal Ibrahim berkongsi prinsipnya dalam menyambut hari lahir anak perempuannya, Nik You Rina, dengan cara yang sederhana tanpa lilin atau topeng hantu walaupun bertepatan dengan sambutan Halloween.
- Dia mengekalkan konsep tidak berlebihan dalam sambutan ulang tahun anak sulungnya selama lima tahun berturut-turut.
- Ryzal juga menyatakan bahawa dia dan isteri masih banyak belajar dalam mendidik anak-anak mereka sebagai ibu bapa.
Pempengaruh dan usahawan, Ryzal Ibrahim berkongsi prinsip yang dipegangnya dalam membesarkan anak perempuannya, Nik You Rina terutama setiap kali tiba sambutan hari lahir si kecil itu.
Kongsi Ryzal, meskipun ulang tahun kelahiran anaknya itu jatuh pada bulan yang sama dengan sambutan Halloween namun, dia tetap konsisten menyambutnya tanpa pengggunaan lilin dan topeng hantu.
Malah dia sentiasa mengekalkan konsep tidak berlebihan dalam menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya itu.
“Setiap kali hari kelahiran Rina, sambutan Halloween jatuh pada bulan yang sama.
“Alhamdulillah, 5 tahun berturut-turut saya kekalkan sambutan hari lahir tanpa lilin, tanpa topeng hantu, tanpa berlebihan,” tulisnya.
Meneursi perkongsian yang sama, Ryzal memaklumkan terdapat banyak lagi perkara yang dirinya dan isteri, Maryam Younare perlu pelajari sebagai seorang bapa dan juga ibu.
“Tahun kelima menjadi ibu bapa. Banyak yang saya pelajari dan perlu ajar (anak-anak),” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pendekatan yang digunakan Ryzal dalam mendidik dan membentuk anak-anaknya.
Sumber: Threads