Skip to main content

Hiburan

5 Tahun Pemergian Siti Sarah, Individu Masih Kenang Kebaikan Arwah - “Dia Tak Perlu Lakukannya Tapi…”

Siti Sarah

Sekilas

  • Lima tahun selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah, kenangan dan kesedihan masih dirasai oleh ramai yang mengenalinya.
  • Seorang individu berkongsi rasa sedih selepas menonton video lama arwah yang memeluk anak-anaknya buat kali terakhir.
  • Seorang lagi individu mengenang kebaikan Siti Sarah yang mengambil berat dan menenangkan kru produksi ketika menghadapi tekanan di sebuah acara.
Advertisement

Lima tahun sudah berlalu, namun permergian penyanyi Allahyarham Siti Sarah masih terasa dan memberi kesan kepada semua orang yang mengenalinya. 

 

Advertisement

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu mengakui sehingga kini dia masih berasa sedih apabila melihat video lama arwah bersama anak-anak. 

 

“Dah bertahun arwah Siti Sarah pergi, sampai hari ini aku masih sedih. Tadi tertengok video lama dia, last dia peluk anak-anak tu. Berjurai air mata aku,” tulisnya. 

 

Manakala seorang lagi individu turut berkongsi pengalaman dia pernah bekerja di sebuah acara yang turut melibatkan Allahyarham Siti Sarah. 

Advertisement

 

Menurut individu tersebut, dia masih kenang kebaikan Siti Sarah yang mengambil berat tentang kru produksi yang ketika itu dalam keadaan tekanan akibat ada seorang artis mengamuk. 

 

“Arwah Sarah memang baik orangnya. Dulu masa kerja buat satu show ni, lepas habis live tiba-tiba kena layan sorang artis ni nak mengamuk marah-marah produksi. 

 

“Sumpah hilang mood dan kami terus lari duduk backstage membawa hati yang stress. Sarah, yang menyaksikan semua yang terjadi, ambil masa datang belakang pentas untuk pastikan kami okay ke tak. 

 

“Dan tenangkan kami. Dia tak perlu lakukannya tapi tetap lakukan. Sampai sekarang I masih ingat her act of kindness. Moga dia tenang di alam abadi. Amiin,” katanya. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Must Watch Video

Advertisement