Skip to main content

Hiburan

50,000 Penonton Serbu Pawagam Hari Pertama, Munafik: Melawan Iblis Cipta Fenomena Di Indonesia

50,000 Penonton Serbu Pawagam Hari Pertama, Munafik: Melawan Iblis Cipta Fenomena Di Indonesia

Sekilas

  • Filem Munafik: Melawan Iblis berjaya menarik lebih 50,000 penonton pada hari pertama tayangan dengan beberapa pawagam mencatatkan status sold out.
  • Filem remake ini menampilkan pelakon baru seperti Acha Septriasa dan Dimas Aditya menggantikan watak asal versi Malaysia.
  • Munafik: Melawan Iblis akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 1 Oktober depan.
Advertisement

Baru memasuki hari pertama tayangan, filem Munafik: Melawan Iblis sudah mencatatkan pencapaian membanggakan apabila berjaya menarik lebih 50,000 penonton ke pawagam.

Perkembangan tersebut dikongsikan menerusi hantaran di Instagram rasmi filem berkenaan yang turut memaparkan beberapa lokasi pawagam sudah merekodkan status sold out meskipun baru sahaja ditayangkan.

Advertisement

Pencapaian itu sekali gus memperlihatkan sambutan luar biasa penonton terhadap ‘remake’ Munafik, yang sebelum ini mencipta fenomena menerusi dua filem terdahulu versi Malaysia.

Munafik : Melawan Iblis dibintangi Acha Septriasa, Dimas Aditya, Nova Eliza, Izabel Jahja, Widi Dwinanda dan Oce Permatasari yang menggantikan watak-watak asal versi Malaysia seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz dan Sabrina Ali.

Filem ini merupakan terbitan Unlimited Production dan Skop Productions, serta sokongan oleh Legacy Pictures, AZ Films, dan Komet Productions.

Manakala Astro Shaw bertindak selaku rakan pemasaran di Malaysia Filem yang dijadualkan ditayangkan September ini mengisahkan tentang perjuangan Ustaz Adam dalam menyelamatkan seseorang dari jeratan iblis.

Munafik: Melawan Iblis ini juga akan dibawa ke pawagan di Malaysia pada 1 Oktober depan.
 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement