Skip to main content

Hollywood

6 Tahun Bersama & Ada Anak, Gigi Hadid Respon Zayn Malik Tak Pernah Mencintainya

Astro Gempak hadid

Sekilas

  • Zayn Malik mengaku tidak pernah jatuh cinta dengan bekas isterinya, Gigi Hadid, sepanjang hubungan mereka lebih enam tahun.
  • Sumber mendakwa kenyataan Zayn itu tidak sepatutnya dikeluarkan terutama kerana Gigi adalah ibu kepada anak mereka.
  • Gigi dan Zayn bercerai pada 2021 dan kini menjaga anak mereka secara bergilir-gilir.
Advertisement

Baru-baru ini Zayn Malik menerusi temubual dalam Call Her Daddy mengaku tidak pernah mencintai bekas isterinya, Gigi Hadid sepanjang bersama lebih enam tahun.

Malik antaranya mendakwa Gigi ‘membutakan mata’ sepanjang bersama meski dia kadang-kadang masih mencari makna cinta di dalam hubungan mereka.

Advertisement

“Saya tidak rasa ia cinta dan untuk lebih adil ‘saya akan selalu menyayangi G kerana dia adalah ibu kepada anak saya dan saya sangat menghormati dia.

“Saya selalu akan menyayangi Gigi tapi tidak pernah jatuh cinta dengannya,” ujar Malik sebelum ini seperti dilaporkan Cosmopolitan.

Mendengar pengakuan tersebut, satu sumber mendakwa Gigi menyifatkan apa yang diakui Malik sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada wanita yang telah melahirkan anak mereka.

“Tiada yang lebih teruk daripada bercakap buruk tentang wanita yang telah melahirkan anak mereka.

“Gigi memang buta. Ia adalah kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan dan sangat menyedihkan.

“Ia seperti senjaga dibuat untuk mencari publisiti demi kelahiran album baharu,” ujar sumber tersebut seperti dilaporkan Daily Mail.

Sumber sama juga menambah: “Bagaimana dia boleh katakan tidak mencintai Gigi selepas hidup bersama enam tahun dan kemudian mempunyai seorang anak?

“Gigi selalu mengelak untuk bercakap buruk tentangnya. Dan apa yang dilakukan kepada Gigi sangat memalukan.”

Gigi dan Zayn bercerai pada Oktober 2021 selepas mula bersama sejak 2015. Walaupun bercerai, mereka kini menjaga anak secara bergilir-gilir.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Must Watch Video

Advertisement