Sekilas
- Adam Shahz berkongsi perbualannya dengan seorang rakan yang mahu meminjam RM1,000 kerana sudah lama tidak terlibat dengan penggambaran.
- Adam menjelaskan dia sendiri sudah tujuh bulan tidak mendapat sebarang job dan tidak dapat membantu meminjam wang.
- Rakan Adam dipercayai seorang pelakon tetap berhasrat untuk meminjam walaupun mengetahui situasi Adam yang tiada pendapatan.
Pelakon, Adam Shahz berkongsi perbualannya bersama seorang rakan yang mahu meminjam sedikit wang daripadanya.
Menerusi Instastory, Adam memaklumkan bahawa rakannya itu mahu meminjam wang kerana sudah seminggu tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti penggambaran.
“Nak pinjam duit sikit dari kau (Adam), boleh? Aku dah lama tak shoot.
“Last shoot masa 28 Disember lepas. Ingat nak pakai RM1,000 kalau kau ada,” kongsi Adam.
Adam kemudiannya memberi bayangan kepada individu tersebut bahawa dia tidak dapat memberi pinjaman kerana sudah tujuh bulan tidak mempunyai ‘job’.
Walau bagaimanapun, rakannya yang dipercayai merupakan seorang pelakon itu didakwa tetap meneruskan niat untuk meminjam duit daripada Adam.
“Tak adalah lama sangat. Aku dah dekat tujuh bulan cuti. Last shoot 7 Jun tahun lalu.
“Apa yang dia nampak kat aku ni ye? Ke aku salah bagitahu, dia ingat aku baru 7 jam lepas shooting,” kongsi Adam.

Sumber: Instastory Adam Shahz