Skip to main content

Acara

7 Sebab Korang Tak Boleh Lepaskan KL Seni & STEM Festival 2025!

stem

Ringkasan AI

  • KL Seni & STEM Festival 2025 akan berlangsung di Plaza 20008, KLCC Park dari 21 hingga 23 November 2025 dengan masuk percuma.
  • Festival ini menggabungkan seni, warisan dan sains dalam satu acara komuniti selama tiga hari yang penuh warna dan inspirasi.
  • Dewan Filharmonik PETRONAS dan Petrosains bekerjasama untuk membawa persembahan tradisional, muzik etnik dan aktiviti sains interaktif.
  • Pengunjung boleh menikmati pasar warisan yang mempamerkan seni kraf tempatan seperti batik, ukiran kayu dan sulaman manik.
  • Acara ini juga menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan pelbagai aktiviti mesra keluarga dari pagi hingga malam.

Kuala Lumpur bakal jadi tumpuan budaya dan inovasi apabila Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dan Petrosains menganjurkan KL Seni & STEM Festival 2025 (KLSSF 2025), sebuah festival percuma yang menyatukan seni, warisan dan sains di Plaza 20008, KLCC Park dari 21 hingga 23 November 2025!

Berikut tujuh sebab kenapa korang wajib hadir:

1. Perayaan Seni, Sains dan Budaya di Satu Lokasi

Festival bertemakan “Where Arts, Heritage and Science Unite” ini menggabungkan dunia seni, budaya dan STEM dalam satu pengalaman komuniti tiga hari yang penuh warna dan inspirasi.

2. Kolaborasi Hebat DFP & Petrosains

Ini merupakan kerjasama sulung antara dua institusi terkemuka di bawah naungan PETRONAS, DFP yang sinonim dengan seni muzik bertaraf dunia dan Petrosains yang terkenal dengan pendekatan pembelajaran sains secara menyeronokkan.

3. Pentas Persembahan Tradisional & Muzik Etnik

Plaza 20008 akan hidup dengan persembahan kebudayaan termasuk Tarian Pencak, Zapin, Tarian Singa, Dhol, Bhangra, tarian etnik Borneo, serta muzik tradisional seperti caklempong, sape, gambus, dikir barat, gamelan dan opera Kantonis.

4. Pasar Warisan Penuh Seni dan Kraf Tempatan

Nikmati keindahan seni tangan tempatan dengan jualan barangan seperti batik, ukiran kayu, tembikar, kebaya Nyonya, saree, sulaman manik dan pelbagai aksesori unik yang meraikan identiti budaya Malaysia.

5. Dunia Sains yang Menghiburkan

Petrosains akan membawa dunia sains ke tengah kota dengan pertunjukan menarik seperti Hue Done It? dan Circular Fuel Show, serta bengkel mesra keluarga seperti Light Works, DIY Instrument, Pancasains: Hue Card Game, Fingers First dan Bottle Beats.

6. Menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026

Festival ini diadakan tepat pada waktunya untuk memeriahkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi utama bagi seni, budaya dan inovasi.

7. Masuk Percuma & Aktiviti Seisi Keluarga!

Masuk adalah PERCUMA, terbuka kepada semua dari 10 pagi hingga 10 malam sepanjang tiga hari festival.

Penaja Platinum ialah Prasarana (M) Bhd, Lokasi Rasmi ialah KLCC Holdings Sdn. Bhd., manakala Hotel Rasmi ialah The RuMa Hotel & Residences, yang turut berkongsi visi memperkasakan seni dan warisan tempatan.

📍 KL Seni & STEM Festival 2025
🗓️ 21 – 23 November 2025
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam
📍 Plaza 20008, KLCC Park
💸 Masuk Percuma!

Must-Watch Video

Advertisement