Skip to main content

Hiburan

7 Tahun Dalam Industri, Ali Reza Tak Cemburu Lihat Rakan Lebih Popular - “Saya Anggap Semua Ini Sebagai…”

Ali Reza

Sekilas

  • Ali Reza akui pernah rasa tekanan bila namanya tidak menyerlah sepantas rakan seangkatan, namun dia memilih untuk tidak membandingkan diri dengan orang lain.
  • Pelakon berusia 28 tahun itu percaya setiap individu ada perjalanan dan rezeki masing-masing, serta kini lebih terbuka menerima watak mencabar untuk memajukan kerjaya lakonannya.
  • Ali kini semakin sibuk dengan tawaran lakonan, termasuk drama Bulan Henti Bicara yang akan disiarkan di slot Melodrama Astro mulai 27 Julai ini.
Advertisement

Enggan membandingkan perjalanan kariernya dengan orang lain, pelakon Ali Reza mengakui dia pernah berdepan tekanan apabila namanya tidak menyerlah sepantas rakan seangkatannya. 

 

Advertisement

Ali atau nama lengkapnya Ali Reza Kavoossi, berkata, sikap gemar membandingkan diri hanya membuatkan seseorang terus terperangkap dalam perasaan negatif.

 

“Dulu memang saya fikir juga perkara itu, tetapi lama-kelamaan saya sedar saya cuma jadi 'overthinking'. Sekarang saya anggap semua ini sebagai satu perjalanan.

 

“Kalau kita asyik tengok orang lain lebih popular, lebih ramai pengikut atau lebih cepat berjaya, kita tak akan ke mana. Saya percaya setiap orang ada perjalanan dan rezeki masing-masing,” katanya kepada Gempak.

 

Pelakon berusia 28 tahun itu berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas sidang media drama bersiri Bulan Henti Bicara, di Bizmilla Hall, Putrajaya, pada Selasa. 

 

Sudah tujuh tahun di industri hiburan itu, Ali berkata pengalaman sebagai anak seni banyak mematangkan dirinya kerana setiap naskhah yang diterima memberikan pengalaman baharu dalam kehidupan.

 

“Menjadi pelakon banyak mengajar dan mematangkan saya. Hampir semua pengalaman hidup saya datang ketika berada di set penggambaran.

 

“Saya percaya setiap tawaran baharu adalah satu pengembaraan dan pengalaman yang akan menjadikan saya lebih baik daripada sebelumnya,” ujarnya.

 

Mengulas mengenai kemunculan pelakon seangkatan yang semakin menyerlah, Ali berkata dia tidak pernah iri hati, sebaliknya percaya setiap anak seni mempunyai detik tersendiri untuk bersinar.

 

“Setiap orang ada 'tipping point' masing-masing. Ada yang cepat menyerlah, ada yang mengambil masa. Saya percaya masa saya juga akan tiba.

 

“Saya hanya mahu buat kerja dengan jujur dan ikhlas. Itu lebih penting daripada memikirkan siapa lebih popular,” katanya.

 

Dalam masa sama, Ali mengakui sebelum ini dia mungkin terlalu selesa dengan watak yang diterima, namun kini lebih terbuka untuk mencabar kemampuan lakonannya.

 

“Bila dapat watak seperti sekarang, saya terus terima sebab bukan selalu ada peluang. Saya mahu orang nampak saya bukan sekadar boleh bawa watak romantik, tetapi mampu memikul pelbagai karakter.

 

“Mungkin sebelum ini saya tidak diberi naskhah yang benar-benar mencabar, tetapi sekarang saya mahu terus melangkah ke hadapan,” katanya.

 

Berkongsi perkembangan kerjaya, Ali bersyukur apabila rezekinya semakin murah apabila menerima tawaran lakonan tanpa henti sejak September tahun lalu.

 

Menerusi Bulan Henti Bicara, Ali membawakan watak Afgan iaitu kekasih kepada Zulfa lakonan Ezzanie Jasny yang dipaksa menjadi isteri kedua lelaki kaya, Jamali (Azhan Rani). 

 

Naskhah arahan Eyra Rahman juga membariskan pelakon, Azar Azmi bakal disiarkan di slot Melodrama Astro bermula 27 Julai ini. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Dri-FIT Club

Nike Dri-FIT Club

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

YONEX EASY TEE

YONEX EASY TEE

Must Watch Video

Advertisement