Skip to main content

Berita Tempatan

800 Peserta Menangis, Neelofa & PU Riz Ajak Renung Makna Sebenar Rumah Tangga

800 Peserta Menangis, Neelofa & PU Riz Ajak Renung Makna Sebenar Rumah Tangga

Sekilas

  • Program Rumah Tangga Sekadar Dunia Atau Selamanya anjuran Nunha yang dihadiri kira-kira 800 peserta membawa mereka menyelami makna sebenar perkahwinan dari sudut agama dan kehidupan.
  • PU Riz dan Neelofa berkongsi ilmu serta peringatan tentang pengorbanan, kesetiaan, dan usaha mempertahankan institusi keluarga dalam suasana penuh emosi dan refleksi.
  • Program ini juga dihadiri oleh pasangan selebriti lain serta isteri Perdana Menteri, bertujuan mewujudkan ruang pembelajaran yang dekat dengan realiti kehidupan masyarakat.
Advertisement

Bukan sekadar hadir untuk mendengar, kira-kira 800 peserta yang menyertai program Rumah Tangga Sekadar Dunia Atau Selamanya anjuran Nunha pada 19 September lalu dibawa menyelami sisi lebih mendalam mengenai kehidupan berumah tangga sehingga ada yang tidak mampu menahan sebak dan menitiskan air mata.

Program yang diasaskan pasangan suami isteri terkenal, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dan Neelofa itu menjadi ruang untuk peserta berhenti seketika daripada kesibukan dunia, bermuhasabah serta kembali melihat makna sebenar sebuah perkahwinan dari sudut agama dan kehidupan.

Advertisement

Suasana penuh emosi itu tercetus menerusi perkongsian ilmu, peringatan dan refleksi yang menyentuh pelbagai sisi kehidupan pasangan, termasuk soal pengorbanan, kesetiaan, kesabaran, amanah serta usaha mempertahankan institusi keluarga.

Tangisan yang mengiringi program itu seolah-olah menggambarkan bagaimana setiap individu hadir dengan kisah dan perjalanan masing-masing, namun disatukan oleh satu persoalan besar iaitu adakah rumah tangga yang dibina sekadar untuk kehidupan di dunia atau menjadi jalan menuju kehidupan yang kekal?

Bagi Neelofa, program berkenaan menjadi satu pertemuan yang cukup bermakna apabila hati peserta disatukan untuk belajar, merenung dan saling mengingatkan.

Advertisement

"Alhamdulillah untuk setiap detik, setiap peringatan dan setiap perkongsian ilmu. Ini adalah satu pertemuan yang indah apabila banyak hati disatukan untuk belajar, merenung dan diingatkan kembali. Saya sangat bersyukur atas setiap nikmat Allah, kecil mahupun besar, yang kita sedar mahupun tidak,” katanya.

Menurut Neelofa, antara nikmat terbesar yang disyukuri ialah apabila masih diberikan peluang dan ruang untuk terus menghidupkan pentas dakwah.

"Semoga setiap perkongsian yang disampaikan menjadi asbab kebaikan, bukan hanya untuk yang mendengar, tetapi terlebih dahulu untuk diri sendiri. Semoga Allah terus izinkan, terus pimpin dan terus gunakan kita dalam jalan yang Dia redhai,” katanya.

PU Riz pula menyifatkan program berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha Nunha untuk mewujudkan ruang pembelajaran dan peringatan yang dekat dengan realiti kehidupan masyarakat.

"Saya berharap setiap ilmu yang dikongsikan tidak terhenti di dalam dewan, sebaliknya dibawa pulang untuk diamalkan dalam kehidupan seharian, khususnya dalam hubungan suami isteri dan keluarga.

"Bagi kami, rumah tangga bukan sekadar  mencari bahagia bersama pasangan, tetapi sebuah amanah yang perlu dipelihara dengan ilmu, iman dan kesediaan untuk saling memperbaiki diri demi mencari reda Allah SWT," katanya.

Program yang berlangsung dari pagi hingga malam itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Dr Wan Azizah.

Selain PU Riz dan Neelofa, pasangan selebriti lain yang turut terbabit ialah Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri serta Nabil Ahmad dan isteri.

Anda mungkin berminat dengan

MIG Premium 200gsm Technology Cotton Comfortable Round Neck Lengen Pendek Oversized Plain T shirt

MIG Premium 200gsm Technology Cotton Comfortable Round Neck Lengen Pendek Oversized Plain T shirt

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

Baju Sukan Warna Sekolah/ T Shirt Sukan Warna Sekolah/ T shirt Rumah Sukan/ Baju Rumah Sukan Kuning Merah Biru Hijau

Baju Sukan Warna Sekolah/ T Shirt Sukan Warna Sekolah/ T shirt Rumah Sukan/ Baju Rumah Sukan Kuning Merah Biru Hijau

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

ELGINI E16444 Baju-T Lengan Panjang Kapas S-XXL | Graphic Long Sleeve Cotton Tee

ELGINI E16444 Baju-T Lengan Panjang Kapas S-XXL | Graphic Long Sleeve Cotton Tee

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

Must Watch Video

Advertisement