Skip to main content

Hiburan

96 Jam Tanpa Henti! Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 Dimeriahkan Dengan Barisan Selebriti Seperti Fad Bocey, Sharif Zero & Danial Zaini

HAVOC Raya Fest 2.0 2026

Sekilas

  • Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 akan berlangsung selama 96 jam tanpa henti di Setia City Convention Centre, Setia Alam dari 12 hingga 16 Mac 2026 dengan lebih 200 vendor terlibat.
  • Festival bertemakan ‘Havoc-nya Raya di Kampung’ menggabungkan elemen tradisional dan moden serta menampilkan pengacara popular seperti Fad Bocey, Sharif Zero, dan Danial Zaini.
  • Acara ini turut menyediakan program kerohanian, hiburan, dan cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah kereta, bertujuan merancakkan sambutan Aidilfitri dan memperkasa usahawan tempatan.

Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 bakal kembali memeriahkan suasana Aidilfitri tahun ini dengan pelbagai pengisian menarik, termasuklah kehadiran barisan artis dan pengacara popular tanah air.

Menariknya, festival jualan ini akan berlangsung selama 96 jam tanpa henti di Setia City Convention Centre, Setia Alam bermula 12 hingga 16 Mac 2026 depan dengan lebih 200 vendor akan mengambil bahagian.

Mengangkat tema ‘Havoc-nya Raya di Kampung’, festival ini akan menggabungjan elemen tradisional dan moden bagi mencipta suasana Aidilfitri yang penuh nostalgia, meriah sekaligus mesra pengunjung.

Menurut kata Datuk Muhammad Firdaus Nadxaman & Faizul Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Havoc Event & Management Sdn. Bhd, penganjuran Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 bertujuan menyediakan sebuah platform berimpak tinggi yang bukan sahaja merancakkan sambutan Aidilfitri, malah memperkasa usahawan tempatan, mengukuhkan jaringan perniagaan serta mewujudkan ekosistem acara yang menyokong pertumbuhan ekonomi komuniti secara mampan.

Beliau turut menegaskan bahawa festival ini dirancang sebagai acara inklusif yang menghimpunkan elemen hiburan, keagamaan, kekeluargaan dan
keusahawanan dalam satu pengalaman Raya yang lengkap.

Dalam pada itu, pihak penganjur turut mengumumkan pelawak terkenal Fad Bocey, Sharif Zero dan Danial Zaini bakal bergandingan sebagai pengacara rasmi festival berkenaan, bersama pasangan Epul dan Talam.

Kehadiran barisan pengacara berpengalaman ini dijangka menyuntik elemen hiburan dan menceriakan suasana sepanjang penganjuran festival.

Selain hiburan, festival ini turut memberi penekanan kepada pengisian kerohanian dengan penganjuran program berbuka puasa, solat tarawih dan bersahur secara berjemaah. Pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa sebuah kereta, selain pelbagai hadiah menarik lain sepanjang festival berlangsung.

Dianjurkan oleh Havoc Event & Management Sdn. Bhd., Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026  dijangka menjadi destinasi tumpuan orang ramai menjelang Aidilfitri, menggabungkan hiburan, keagamaan, kekeluargaan dan keusahawanan dalam satu acara yang lengkap dan bermakna.

Must-Watch Video

Advertisement