Sekilas
- Datuk A.Aida berkongsi bahawa dia lebih selesa hidup bersendirian kerana kurang tekanan emosi dan lebih bebas membuat keputusan.
- Beliau menyatakan hidup solo membolehkan dia elak stres dan bebas bergerak tanpa perlu minta izin sesiapa.
- Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan A.Aida dan menganggap dia tidak perlu risau soal pasangan kerana anak-anaknya sudah berjaya.
Penerbit, Datuk A.Aida mengakui lebih selesa untuk hidup bersendirian.
Menerusi satu hantaran di Threads, A.Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang kehidupan solo mempunyai pelbagai kelebihan termasuk kurang tekanan emosi dan lebih bebas membuat keputusan tanpa perlu memikirkan kerenah orang lain.
"Tak couple pun okay, tekanan darah lagi stabil.
"Lebih baik sendiri, tak stres nak fikir perangai orang dan boleh ke mana saja tanpa minta izin. Drama pun kurang," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh A.Aida.
Malah ada yang beranggapan A.Aida tidak perlu pening memikirkan soal pasangan memandangkan anak-anaknya sudah berjaya.