Skip to main content
Advertisement

Bollywood

Aamir Khan Dedah Skrip Sekuel 3 Idiots Sedang Digarap

Aamir Khan Dedah Skrip Sekuel 3 Idiots Sedang Digarap

Sekilas

  • Aamir Khan mengumumkan sekuel filem popular 3 Idiots sedang dalam proses penulisan skrip oleh pengarah Raikumar Hirani.
  • Projek sekuel masih di peringkat awal dan belum memasuki fasa produksi, dengan naratif akhir akan ditetapkan tidak lama lagi.
  • 3 Idiots asalnya adalah filem Bollywood yang mencipta fenomena besar di Asia Timur dan memenangi pelbagai anugerah berprestij sejak tayangan pada 2009.
Advertisement

Pesohor Bollywood, Aamir Khan memberi khabar gembira buat penggemar filem 3 Idiots apabila mengumumkan naskhah pecah panggung itu akan kembali ke layar.

Aamir malah memberitahu skrip sekuel 3 Idiots sedang digarap oleh pengarah, Raikumar Hirani dan naratif akhir versi sekuel filem tersebut akan ditetapkan pada masa terdekat.

Advertisement

Perkongsian tersebut dibuat sewaktu Aamir menghadiri  Singapore International Film Festival (SGIFF) yang juga menyaksikan aktor berkaliber itu dianugerahi dengan Screen Icon Award.

“Sebenarnya saya tidak dibenarkan bercakap banyak mengenai projek ini. Tapi saya fikir, saya boleh dedahkan ya, Hirani sedang bekerja untuk skrip sekuel 3 Idiots.

“Saya berharap dapat memberikan lebih banyak informasi dan khabar gembira mengenai naratif terkini versi ini,” ujar Aamir seperti dilaporkan fbcnews.

Advertisement

Diketahui, projek tersebut juga masih berada di fasa awal dan belum memasuki peringkat produksi.

Sekuel filem yang diterbitkan pada 2009 itu pertama kali dibincangkan pada April lalu. Aamir pada waktu itu menyifatkan gambaran awal 3 Idiots 2 sebagai hebat.

Sewaktu ditayangkan, 3 Idiots menjadi filem Bollywood pertama yang menembusi pasaran China dan Jepun secara besar-besaran selain mencatat fenomena di Asia Timur.

Ia juga memenangi 16 Anugerah IIFA, 6 Anugerah Filmfare, 5 Anugerah GIMA serta 3 Anugerah Filem Kebangsaan (National Film Award) di India.

3 Idiots yang dibintangi Aamir sebagai Rancho, R. Madhavan (Farhan) dan Sharman Joshi (Raju) mengisahkan tentang sistem pendidikan yang terlalu mementingkan gred dan tekanan mental yang dihadapi oleh pelajar. Ia disampaikan melalui imbasan kembali (flashback) dua orang sahabat, Farhan dan Raju yang mencari rakan baik mereka yang menghilangkan diri, Rancho.

Anda mungkin berminat dengan

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Arai Quantic Dark Citizen

Arai Quantic Dark Citizen

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

Must Watch Video

Advertisement