Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Abang Hussain Dedah Pengorbanan Bapa - “Kami Pernah Merasa Berada Dititik Terendah Seorang Ayah…”

Abang Hussain

Sekilas

  • Fikri, abang kepada peserta Big Stage X Rocketfuel, Hussain Jamilul Hayat, berkongsi kisah perjuangan bapa mereka yang kembali aktif dalam dunia seni selepas melalui fasa sukar.
  • Fikri meluahkan rasa syukur dan bangga melihat bapanya yang pernah rasa gagal sebagai bapa kini semakin kuat dan bersemangat semula.
  • Perkongsian ini mendapat perhatian netizen yang tersentuh dengan pengorbanan Jamilulhayat dan sokongan keluarga terhadap Hussain dalam meneruskan legasi seni.
Advertisement

Abang kepada bintang program Big Stage X Rocketfuel, Hussain Jamilul Hayat iaitu Fikri berkongsi kisah menyentuh hati mengenai perjuangan bapa mereka yang kini kembali aktif dalam dunia seni selepas pernah melalui fasa sukar sebelum ini.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Fikri meluahkan rasa syukur dan bangga melihat bapanya terus kuat walaupun pernah merasakan dirinya gagal sebagai seorang bapa.

Advertisement

“Ni abah saya. Kami adik-beradik syukur dan bangga kerana abah masih kuat dan kembali dalam industri iaitu dunia yang dia telah lama tinggalkan dahulu.

“Kami anak beranak pernah merasa berada dititik terendah sorang ayah yg merasakan dirinya gagal,” kongsinya.

Lebih menyentuh hati, Fikri berkata bapanya tetap kuat meneruskan kehidupan dan kembali bersemangat selepas melihat hasil rezeki yang diperoleh adiknya menerusi penyertaan dalam Big Stage X Rocketfuel.

Advertisement

“Sehebat ini dia masih bertahan. Namun kini dia semakin kuat dan kembali semangat atas sebab rezeki anakndanya @hussainjamilul .

“Teruskan melangkah hussain demi abah dan keluargamu. Kami sentiasa di belakang kamu walau apapun yang terjadi,” coretnya.

Perkongsian Fikri itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya tersentuh dengan pengorbanan Jamilulhayat serta sokongan padu keluarga terhadap perjuangan Hussain dalam pertandingan nyanyian selain meneruskan legasi keluarga.

Sumber: @fikriiijamilul

Anda mungkin berminat dengan

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Must Watch Video

Advertisement