Skip to main content

Artis Antarabangsa

Abang Jisoo Blackpink Didakwa Dera Isteri, Paksa Ucap I Love U 30 Kali Sehari

Astro Gempak abang jisoo

Sekilas

  • Kim Jung Hoon, abang kepada Jisoo Blackpink, didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya sejak Ogos 2025, termasuk memukul, mengugut, dan mengawal pergerakan mangsa.
  • Mangsa dipaksa melakukan pelbagai perintah seperti mengucapkan "I Love You" 30 kali sehari dan dilarang keluar rumah kecuali untuk ke klinik atau membeli barang dapur, dengan pengawasan CCTV dan kawalan telefon bimbit.
  • Agensi Jisoo menafikan sebarang kaitan dengan kontroversi ini dan menjelaskan Jisoo sudah lama tidak berhubung dengan abangnya serta fokus pada kerjaya K-Pop sendiri.

Abang Jisoo Blackpink, Kim Jung Hoon sedang berdepan dakwaan melakukan jenayah keganasan rumah tangga terhadap isterinya yang dikenali sebagai A.

Sikap kejam Jung Hoon yang juga merupakan seorang CEO terbongkar selepas seorang informan melaporkan perbuatan lelaki itu kepada pihak polis pada Januari 2026.

Jung Hoon didakwa telah memukul, mendera dan mengugut isterinya sejak Ogos 2025, lapor AllKPop.

Menerusi laporan sama, abang Jisoo telah melakukan keganasan rumah tangga terhadap A dengan cara memaki hanya selepas dua minggu mendaftarkan perkahwinan mereka.

Perbuatan itu diikuti dengan penderaan selain kerap diludah. A juga dipaksa untuk berlutut meminta maaf selain diugut jika meminta cerai atau membuat laporan polis, dia akan menerima nasib yang lebih teruk.

“Apabila suspek sedar ada bahagian badan yang dipukul meninggalkan kesan lebam yang boleh dilihat, dia mula memukul bahagian kepala, menghempas badannya ke dinding.

“Mangsa juga dipaksa mengucapkan I Love You kepada suspek 30 kali sehari. Dia juga dilarang melakukan aktiviti luar kecuali pergi ke klinik, membeli barangan dapur dan perlu membuat laporan 10 hingga 15 minit setiap hari,” tulis keterangan yang didedahkan kepada media.

Suspek turut memasang CCTV dan mengawal audio mangsa di telefon bimbit di kediaman mereka untuk memastikan wanita itu berada dalam kawalannya.

“Jika mangsa minta cerai, suspek akan ugut untuk menyumbat dia ke dalam penjara,” katanya sumber yang juga mendakwa bekas isteri suspek turut mengalami keganasan rumah tangga.

Sementara itu pada saat kontroversi ini menjadi perhatian, Jisoo melalui agensi menafikan mempunyai kaitan dengan isu yang hangat ini. Agensi menegaskan Jisoo sudah lama tidak berhubung dan hidup sendiri selepas mengikuti latihan menjadi bintang K Pop.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Must-Watch Video

Advertisement