Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Abang Sebak Kenang Arwah Ayah Selepas Adam Nazmie Diumum Naib Juara - “Mesti Ayah Happy Kan Sebab…”

Abang Sebak Kenang Arwah Ayah Selepas Adam Nazmie Diumum Naib Juara - “Mesti Ayah Happy Kan Sebab…”

Sekilas

  • Abang kepada Adam Nazmie, berkongsi ucapan penuh emosi sebagai penghargaan kepada arwah ayah mereka selepas adiknya dinobatkan naib juara Big Stage Rocketfuel.
  • Syafiq meluahkan rasa syukur melihat adik-beradiknya berjaya dan menyifatkan bakat yang diwarisi daripada arwah ayah sebagai peninggalan paling bermakna.
  • Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang mendoakan kejayaan Adam Nazmie
Advertisement

Abang kepada bintang Big Stage Rocketfuel, Adam Nazmie iaitu Syafiq Shamsuddin mendedikasikan ucapan menyentuh hati yang ditujukan khas kepada arwah ayah mereka.

Ucapan itu dibuat selepas pasangan adik-beradik, Adam Nazmie dinobatkan sebagai naib juara program berkenaan.

Advertisement

Difahamkan ucapan tersebut dikongsikan Syafiq menerusi platform Threads sebagai tanda kasih dan penghargaan buat arwah ayah yang disifatkan sebagai insan penting dalam kehidupan mereka sekeluarga.

Menerusi hantaran itu, Syafiq meluahkan rasa syukur melihat kesemua adik-beradiknya kini mempunyai haluan masing-masing selain mampu mencapai kejayaan yang membanggakan keluarga.

“Assalamualaikum ayah, ayah sihat ke kat sana? Alhamdullillah anak-anak ayah semua dah ada jalan sendiri.

“Abang, Iwan, kakak, Boboy, Akim, semua dah jadi manusia yang ayah nak. Yahh… @iamadammalek dengan @itsnzme dapat tempat kedua dekat BS.

“Mama paling bangga yah, abang dengan adik-adik yang lain semua bangga dengan dorang. Mesti ayah happy gila kan sebab dorang dah ke tahap ni,” kongsinya.

Dalam pada itu, Syafiq turut menyifatkan bakat yang diwarisi anak-anak sebagai peninggalan paling bermakna daripada arwah ayah mereka.

“Ayah, walaupun ayah pergi tak tinggalkan apa untuk kami, tapi tak yah. Ayah dah tinggalkan bakat untuk semua anak ayah.

“Abg sayang ayah, mama dan adik-adik lain semua sayang ayah,” coretnya.

Perkongsian Syafiq itu ternyata mengundang sebak netizen yang rata-ratanya mendoakan kejayaan Adam Nazmie di masa akan datang.

Untuk info, pentas akhir Big Stage Rocketfuel menyaksikan Hussain dinobatkan sebagai juara.

Manakala Ranisha berada di tempat ketiga dan Danny pula diumumkan sebagai pemenang tempat keempat disusuli Yad-Z tempat kelima dan Danial Kifli di tempat keenam.

Anda mungkin berminat dengan

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

Must Watch Video

Advertisement