Skip to main content

Selebriti

Abby Abadi Jawab Dakwaan Tiru Cara Meniaga Orang Lain - “Dari Dulu Anak-Anak Adalah Model Saya…”

Abby marissa

Sekilas

  • Pelakon Abby Abadi berkongsi ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Marissa Dania yang ke-21 tahun.
  • Abby mendoakan agar Marissa sentiasa sihat dan berjaya mengejar impian dalam hidupnya.
  • Abby menafikan dakwaan meniru strategi perniagaan dan menjelaskan dia sudah lama menggunakan anak-anaknya sebagai model untuk produk.
Advertisement

Pelakon Abby Abadi berkongsi ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Marissa Dania yang kini menginjak usia 21 tahun.

Menerusi hantaran di platform Threads, Abby meluahkan rasa syukur selain mendoakan agar Marissa sentiasa diberikan kesihatan yang baik serta berjaya mengejar segala impian dalam hidup.

Advertisement

“Sanah Helwah Adik yg ke 21 marissadania_  Alhamdullillah. Sihat sempurna, cntik lawa manis selalu anak Mama ye.

“Terbanglah setinggi mana pun, gapailah segala impianmu. Doa Mama sentiasa mengiringi… #2July2026,” coretnya.


Advertisement

Dalam hantaran sama, Abby turut menjawab dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dia meniru strategi perniagaan orang lain.

Kata Abby, dia sudah lama menggunakan anak-anaknya sebagai model untuk mempromosikan produk dan bukannya hanya bergantung kepada Marissa.

“Ps: Pada yang kata saya meniaga tiru orang, saya berniaga Marissa tak tolong, dari dulu anak-anak saya lah model saya.

“Cuma zaman TikTok saya tertinggal. Doakan Allah bagi rezeki yang tak terjangka lepas-lepas ni ya. Amin,” tulisnya.

Sumber: Threads @abbyabadi_112

Anda mungkin berminat dengan

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

Must Watch Video

Advertisement