Sekilas
- Marissa Dania Hakim puji ibunya, Abby Abadi, sebagai wanita yang sangat kuat bekerja dan sanggup buat apa saja untuk keluarga.
- Abby anggap Marissa hebat kerana mampu menulis balik ayat Al-Quran semasa belajar di sekolah tahfiz.
- Abby kata pengalaman yang dilalui Marissa buatkan dia lebih matang dan kuat walaupun masih muda.
Pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim menyifatkan ibunya yang juga pelakon dan penyanyi Abby Abadi sebagai seorang wanita yang kuat bekerja.
Menerusi video temu bual di TikTok Perfume Paradise HQ, Marissa juga berkata ibunya sanggup melakukan apa sahaja untuk anak-anak dan keluarga.
“Mama seorang yang hard working, mama akan buat apa saja untuk keluarga… untuk anak-anak,” kata Marissa.
Apabila ditanya mengenai Marissa pula, Abby menganggap anaknya itu seorang yang sangat hebat ketika belajar di sekolah tahfiz.
“Marissa sebenarnya anak yang sangat-sangat hebat. Masa sekolah dulu, kita hantar dia ke tahfiz. Marissa boleh tulis balik ayat Al-Quran. Pada saya benda itu satu benda yang sangat besar.
“Cumanya itulah rasa macam tak selesai itu buat saya ralat tapi saya rasa kagum dah dengan pencapaian dia pada waktu itu,” kongsinya.
Dalam pada itu, Abby turut memberitahu apa yang terjadi pada Marissa membuatkan anaknya menjadi lebih matang dan kuat di usia yang muda.
“Kalau tanya pada saya secara peribadi, Marissa… kalau orang luar tak tahu, dia sebenarnya sangat kuatlah.
“Saya rasa apa yang dia lalui sekarang memang walaupun di usia yang sangat muda, memberi kematangan kepada dia dalam keadaan yang pada saya macam kena bersyukurlah.
“Di usia yang muda, ada sesuatu yang berlaku yang membuatkan dia lebih dewasa,” ujarnya lagi.
@perfumeparadisehq Comel betul Mama Abby & Marissa ni kan 😍 Dua dua kuat untuk menjalani hidup 💪🏻 #perfumeparadisehq #masukberanda #masukberandafyp #fypシ゚ #fyp ♬ original sound - Perfume Paradise HQ