Sekilas
- Abby Abadi berkongsi hasrat untuk mengadakan majlis persandingan yang penuh adat bagi anak perempuannya, Marissa Dania.
- Abby berharap Marissa dapat merasai detik bersejarah yang indah dan menjadi kenangan abadi dalam hidupnya.
- Marissa telah berkahwin sebagai isteri kedua pada 27 Disember 2023 di Thailand, namun majlis resepsi rasmi masih belum diadakan.
Pelakon, Abby Abadi meluahkan keinginan untuk mengadakan majlis persandingan buat anak perempuannya, Marissa Dania.
Menerusi hantaran di TikTok, Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan berasakan anaknya itu berhak mempunyai majlis persandingan yang penuh dengan adat.
Pelakon yang terkenal menerusi drama bersisi Gerak Khas ini berharap agar Marissa diberikan rezeki untuk menikmati detik bersejarah yang bermakna.
“Saya tengah berangan, doakan untuk anak saya Marissa Dania ada rezeki merasa majlis yang indah-indah.
“Supaya menjadi kenangan abadi untuk diri dia. Sebab dia juga berhak diraikan sebaiknya.
“Semoga ada rezeki untuk anak ini. Majlis yang serba indah, yang penuh ketenangan.
Serikanlah wajahnya dengan cahaya kebahagiaan. Lapangkanlah jiwa raganya dan peliharalah kehidupannya daripada segala ujian yang melemahkan iman,” kongsinya.
Untuk rekod, Marissa Dania telah berkahwin dengan jejaka pilihannya, Ahmad Aslam sebagai isteri kedua di Thailand pada 27 Disember 2023.
Difahamkan, sehingga kini mereka masih belum mengadakan sebarang majlis resepsi secara rasmi.
Sumber: TikTok