Skip to main content

Viral

Abby Abadi Nafi Dengki Kehidupan Bekas Suami, Tegaskan Tidak Pilih Kasih Anak-Anak

Abby Abadi Nafi Dengki Kehidupan Bekas Suami, Tegaskan Tidak Pilih Kasih Anak-Anak

Sekilas

  • Abby menegaskan dia tidak pernah dengki dengan kehidupan baru bekas suami, Norman Hakim, tetapi bertindak kerana isu nafkah tertunggak dan ketidak-telusan dalam hubungan mereka.
  • Dia menegaskan kasih sayang dan layanan terhadap keenam-enam anaknya adalah sama rata tanpa pilih kasih.
  • Selepas pendedahan dibuat, hubungan Abby dengan beberapa anak menjadi dingin dan dia tidak lagi berharap mereka kembali kepadanya.
Advertisement

Abby Abby dengan tegas memberitahu tidak pernah mempunyai perasaan dengki atau iri hati terhadap kehidupan baharu yang dibina bekas suami, Norman Hakim bersama Memey Suhaiza sehingga ‘membongkar’ banyak ketidak-telusan yang berlaku dalam hubungan mereka, terutama berkaitan anak-anak dan nafkah yang tertunda.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata semua dilakukan bersebab.

Advertisement

“Orang cakap saya dengki. Lillahitaala kalau saya nak dengki, saya dengki sejak dari dulu dah. Tapi hati saya tidak dalam situasi nak dengki-dengki pada orang, nak jealous-jealous (cemburu) pada orang. Tapi adalah sebabnya saya bertindak yang sekarang,” katanya kepada media.

Tambahnya lagi, apa yang disuarakan bersesuaian dengan situasi yang antaranya sudah lama dipendam dan perlu ditekankan agar semua pihak dapat menjalankan amanah masing-masing selain mahu mendapatkan nafkah tertunggak yang selama ini tidak pernah dituntut sejak bercerai pada 2008.

“Sebenarnya sebelum ni saya okey untuk semua benda. Saya pun tidak perasan yang saya tak minta pun nafkah. Saya pun memang tidak perasan, betul lillahitaala.

Advertisement

“Saya tidak pernah perasan yang lepas bercerai, saya tak pernah pun minta dia tolong bayarkan rumah, maknanya tanggung anak-anak, tidak pernah.

“Saya tidak perasan sebab saya ada rezeki saya, maknanya saya ada pendapatan saya walaupun ikutkan memang itu tanggungjawab dia kan, katanya lagi.

Dałam temu bual sama, Abby turut menegaskan tidak pernah membezakan kasih sayang mahupun layanan terhadap keenam-enam permata hatinya malah segala keperluan mereka akan diusahakan secara adil.

“Saya bukan jenis orang yang mahu junjung al-Quran atau apa, tetapi lillahitaala saya jaga anak-anak saya yang kecil, yang besar, sama rata.

"Tidak pernah saya bahagikan kasih atau berlaku tidak adil. Kalau saya beli satu barang, saya beli semua. Kalau saya beli baju merah, semua saya beli merah. Contohnya macam itu.

"Memang dari dulu saya begitu, tiada kurang, tiada lebih. Semuanya saya sayang," jelasnya.

Abby kemudian mengakui selepas ‘pendedahan’ yang dibuat, hubungan dengan beberapa anak kini semakin dingin.

Hal yang demikian membuatkan dia enggan lagi  terlalu berharap mereka kembali ke pangkuannya.

“Saya sudah terbiasa dengan keadaan seperti itu. Saya tidak mahu terlalu beria-ia. Kalau ada (pulang) alhamdulillah. Kalau tiada, tidak mengapalah," ujarnya.

Kemelut keluarga Abby dan Norman kembali 'panas' apabila baru-baru ini dia menitip ucapan selamat ulang tahun ke-18 anaknya, Maria Danisha Hakim.

Menerusi hantaran tersebut, Abby berkongsi perasaan mengenai pengorbanan dilakukannya dalam membesarkan anak-anak yang seakan-akan dilupakan.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement