Skip to main content

Selebriti

Abby Abadi Titip Doa, Mahu Anak Keluar Dari Hubungan Toksik - “Anak Saya Perlu Diselamatkan…”

abby abadi anak

Pelakon, Abby Abadi menitipkan doa agar anaknya, Marissa Dania Hakim diberi kekuatan untuk keluar daripada hubungan yang didakwa toksik.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, mengulang semula satu hantaran kata-kata yang menyatakan bahawa sekiranya Allah mengizinkan seseorang untuk berdoa tentang sesuatu perkara, itu bermakna Allah juga mengizinkannya untuk memperoleh perkara tersebut.

Advertisement

“Yer, saya doakan anak saya berjaya keluar dari hubungan toksik itu. Tulis kat sini biar achik-achik yang maki hamun sepanjang zaman tu puas hati. Cepat doakan sama, anak saya perlu diselamatkan dari hubungan toksik itu… aminkan ya,” tulisnya.

abby abadi

Sebelum ini, kontroversi melibatkan status perkahwinan Marissa bersama pasangannya, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rasyid selesai selepas Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan pernikahan pasangan itu di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sah dari segi hukum syarak.

Isu tersebut mula hangat diperkatakan selepas dakwaan mengatakan perkahwinan berkenaan berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa Marissa mahupun isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan yang ketika itu sedang menunaikan umrah.

Aslam dan Umisya mendirikan rumah tangga pada Julai 2020 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Hud, 4, Nuh, 3, dan seorang bayi perempuan yang kini berusia tiga bulan.

Marissa pula pernah melalui detik duka apabila kehilangan bayi yang dilahirkan secara pra-matang pada Ogos tahun lalu.

Must-Watch Video