Skip to main content

Hiburan

Abby Abadi Titip Ucapan Hari Lahir Ke-50 Buat Norman, Ucap Terima Kasih Belanja Percutian Ke Jepun Bersama Anak-Anak

Abby Abadi

Sekilas

  • Abby Abadi mengucapkan selamat hari lahir kepada bekas suaminya, Norman Hakim, serta berterima kasih kerana menaja tiket percutian anak-anak mereka ke Sapporo, Jepun.
  • Abby meluahkan rasa syukur kerana masih dapat membesarkan anak-anak bersama walaupun sudah berpisah dan menekankan tanggungjawab besar sebagai ibu bapa.
  • Abby dan Norman berkahwin pada 2002, dikurniakan tiga anak, dan berpisah selepas tujuh tahun sebelum masing-masing berkahwin dengan pasangan baru.

Pelakon, Abby Abadi menyorot perhatian netizen selepas menzahirkan ucapan ulang tahun kelahiran bekas suaminya, Norman Hakim menerusi aplikasi Threads.

Menerusi ciapan yang dibuat, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan turut menitipkan ucapan terima kasih buat Norman yang sudah menaja tiket percutian anak-anak ke Sapporo, Jepun. 

"Selamat hari lahir Oman (panggilan Norman). Terima kasih belanja tiket untuk anak-anak besar (anak bersama Abby) kali ini. Besar tanggungjawab, besar belanja bila anak-anak ramai ni ya. 

"Terus kuat! Terus semangat demi nak bercuti selalu. Banyak duit, selalu kongsi dengan anak-anak besar ini okay. Semoga dapat berkumpul selalu bukan hanya di dunia tapi di syurga sana," katanya. 

Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri Gerak Khas ini meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk membesarkan anak-anak bersama meskipun ikatan mereka sebagai suami isteri sudah lama terlerai.

"Syukur Allah panjangkan umur kita sebab banyak lagi tanggungjawab yang tak selesai dan takkan pernah selesai. Terima kasih untuk banyak sebab, masih sudi bersama saya meraikan anak-anak. 

"Besar tanggungjawab kita ini sebagai ibu bapa bila Allah kurniakan anak yang ramai. Kena jaga didik mereka sebaiknya. 

"Saya nak kita bersama, dapat berkumpul selalu bukan hanya di dunia tetapi di akhirat nanti," katanya.. 

Untuk rekod, Abby dan Norman mendirikan rumah tangga pada 2002 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 23, Marissa Dania Hakim, 21, dan Danisha Hakim, 18 tahun. 

Walau bagaimanapun, mereka kemudiannya berpisah tujuh tahun kemudian.

Abby kemudian berkahwin dengan Faizal, manakala Norman mendirikan rumah tangga bersama pelakon Memey pada 2011.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement