Skip to main content

Viral

Abiejam ‘Offer’ Emas RM1 Juta Untuk Bakal Isteri, Netizen Pula Risau Nafkah Batin Terabai - “Tak Sangka Pula Ramai…”

Abiejam

Sekilas

  • Abiejam jelaskan video tawaran wang hantaran RM1 juta untuk cari isteri hanyalah gurauan dan bertujuan memperkenalkan perniagaan emasnya.
  • Dia menegaskan tidak meletakkan harta sebagai ukuran mencari pasangan, sebaliknya mahukan wanita yang ikhlas dan menerima dirinya sebagai OKU.
  • Abiejam nafikan dakwaan riak dan jelaskan wang hantaran itu simbol kesungguhan dan tanggungjawab dalam perkahwinan, bukan soal kekayaan.
Advertisement

Personaliti media sosial dan usahawan, Abiejam tampil menjelaskan video dia mencari wanita untuk dijadikan isterinya dengan tawaran wang hantaran RM1 juta yang tular di media sosial hanyalah sekadar gurauan semata-mata.

 

Advertisement

Abiejam atau nama sebenarnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin berkata, kandungan video berkenaan dibuat sebagai hiburan selain memperkenalkan perniagaan emas yang diusahakannya, namun tidak menyangka ia mengundang pelbagai reaksi sehingga menimbulkan salah faham.

 

“Sebenarnya video cari isteri dan hantaran RM1 juta itu sekadar gurauan dan hiburan bagi memperkenalkan perniagaan emas saya.

Advertisement

 

“Kalau ada yang terasa atau salah faham, saya minta maaf dari hati. Tak sangka pula ramai yang ambil serius bila bab berkahwin ini sedangkan itu sekadar gurauan saja,” katanya.

 

Mengulas kecaman yang diterima, Abiejam berkata, dia tidak terkesan dengan komen negatif dan hinaan yang dilemparkan netizen terhadapnya.

 

“Saya tidak terasa hati dengan komen netizen yang berbaur kecaman dan penghinaan apabila saya bergurau mengenai soal perkahwinan ini.

 

“Cuma saya pelik mengapa ramai suka bertanya soalan yang sensitif dan membuat pelbagai andaian,” luahnya. 

 

Pada masa sama, dia menegaskan tidak meletakkan harta sebagai ukuran dalam mencari pasangan hidup buat masa ini. 

 

Sebaliknya, dia hanya mengharapkan seorang wanita yang ikhlas dan sanggup menerima kekurangan dirinya sebagai orang kurang upaya (OKU).

 

“Saya mungkin tak mampu berjalan, tetapi mampu mencintai, menghargai dan membahagiakan wanita yang Allah takdirkan untuk saya.

 

“Ciri-ciri wanita pilihan saya mudah sahaja, baik hati, penyayang, ikhlas, memahami dan menerima keadaan saya sebagai seorang OKU,” luahnya lagi. 

 

Dalam pada itu, Abiejam turut menafikan dakwaan kononnya dia bersikap riak atau sengaja mempamerkan kemewahan menerusi tawaran wang hantaran RM1 juta.

 

Sebaliknya, dia menjelaskan jumlah itu hanyalah sebagai simbol kesungguhan dan tanggungjawab seorang lelaki untuk membina rumah tangga, bukannya soal kekayaan.

 

“Nilai hantaran itu bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya simbol kesungguhan dan tanggungjawab. Ramai menilai kemampuan seorang lelaki hanya berdasarkan fizikal atau pandangan luaran.

 

“Soal hantaran hanyalah simbol. Yang lebih penting ialah keikhlasan, kesetiaan dan bagaimana seorang suami menjaga maruah serta kebahagiaan isterinya.

 

“Jadi, wang hantaran RM1 juta itu bukan soal angka, sebaliknya mesej bahawa saya serius terhadap institusi perkahwinan,” tambahnya.

@abiejam #richgold @FRESH FROM LADANG #kayadenganemas ♬ original sound - A B I E J A M

Anda mungkin berminat dengan

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

5D Massage Memory Foam Insoles For Shoes Sole Breathable Cushion Sport Running Insoles

5D Massage Memory Foam Insoles For Shoes Sole Breathable Cushion Sport Running Insoles

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

Must Watch Video

Advertisement