Skip to main content

Filem

Acha Septriasa Harap Malaysia-Indonesia Tak Bandingkan Filem Munafik: Melawan Iblis - “Karya Anda Buat Kami Terpukau…”

Acha Septriasa

Sekilas

  • Acha Septriasa mengajak peminat filem seram Malaysia dan Indonesia untuk tidak membuat perbandingan antara Munafik dan Munafik: Melawan Iblis, sebaliknya menghargai keunikan kedua-dua karya.
  • Beliau menegaskan peminat filem seram di Malaysia patut berbangga kerana karya tempatan menjadi inspirasi kepada penggiat filem seram di Indonesia.
  • Filem Munafik: Melawan Iblis mula ditayangkan di Indonesia pada 3 September 2026 dan akan ditayangkan di Malaysia pada 1 Oktober 2026 dengan pelakon baru.
Advertisement

Pelakon Acha Septriasa berpendapat peminat filem seram di Malaysia dan Indonesia tidak perlu membuat perbandingan antara filem Munafik dan Munafik: Melawan Iblis.

 

Advertisement

Sebaliknya, Acha menyifatkan peminat genre seram di kedua-dua negara sepatutnya berbangga dengan karya yang dihasilkan dan menghargai keunikan masing-masing.

 

“Saya rasa, peminat cerita seram dari Malaysia dan Indonesia sepatutnya berasa bangga dengan apa saja yang kita ada dengan Munafik. 

Advertisement

 

“Macam yang filem original pertama, ia besar, cantik, menakutkan dan ia sangat berbaloi untuk menonton selain ia juga ikonik sehingga kita ingat jalan cerita filem itu selamanya. 

 

“Malah ia menjadi inspirasi untuk filem Munafik di negara yang lain. Saya rasa peminat filem seram di Malaysia patut menjadi bangga daripada buat perbandingan antara filem 2 negara tu,” katanya kepada Gempak. 

 

Dalam pada itu, Acha mengakui soal citarasa sememangnya subjektif dan setiap penonton berhak mempunyai pandangan masing-masing terhadap sesebuah karya.

 

Katanya, pemilihan pelakon serta citarasa peribadi juga antara faktor yang menyebabkan penonton memberikan pendapat berbeza.

 

“Tapi bila melibatkan citarasa, bagi saya semua orang mempunyai pendapat juga. Mereka mempunyai citarasa, pelakon kegemaran.

 

“Jadi saya ia lumrah saja kalau mereka punyai pendapat,” katanya. 

 

Menurut Acha, rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana karya tempatan berjaya memberikan inspirasi kepada penggiat filem seram di Indonesia.

 

“Tapi bagi saya, Malaysian patut berbangga sebab ini adalah karya anda yang membuatkan kami orang Indonesia terpukau, dan menjadikan ia sebuah karya untuk negara kami juga mempunyai filem seram seperti anda. 

 

“Saya harap filem Munafik dari Indonesia ini juga dapat disambut baik oleh rakyat Malaysia,” ujarnya.

 

Filem Munafik: Melawan Iblis mula ditayangkan serentak di pawagam Indonesia pada 3 September 2026 dan mendapat sambutan dengan elemen seram yang kuat.

 

Filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada 1 Oktober 2026 dan menampilkan pelakon baru menggantikan watak asal versi Malaysia.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Must Watch Video

Advertisement