Skip to main content

Hollywood

Ada 12 Anak dari 6 Wanita Berbeza, Nick Cannon Beritahu ‘Tak Pening’ Sambut Hari Ibu

Astro Gempak nick cannon

Sekilas

  • Pelawak Nick Cannon yang mempunyai 12 anak dari 12 wanita berbeza berkongsi cara dia meraikan Hari Ibu setiap tahun bersama ibunya.
  • Cannon menegaskan dia membantu anak-anak memilih hadiah terbaik untuk ibu mereka dan sentiasa terlibat dalam rancangan anak-anaknya.
  • Antara anak-anaknya termasuk dua bersama Mariah Carey, sepasang kembar dengan Abby De La Rosa, dan beberapa lagi yang lahir dari hubungan berbeza.
Advertisement

Pelawak Nick Cannon yang memiliki 12 anak hasil perkongsian hidup serta hubungan bersama 12 wanita berbeza berkongsi bagaimana dirinya meraikan Hari Ibu pada setiap tahun.

Cannon yang juga merupakan bekas suami penyanyi Mariah Carey ini memberitahu dia tidak pening kepala atau mengalami masalah untuk menyambut Hari Ibu apabila memiliki wanita berbeza yang telah melahirkan anaknya.

Advertisement

Menurut Cannon, secara tradisi, dia yang mempunyai anak daripada Carey, Brittany Bell, Abby De La Rosa, Bre Tiesi, LaNisha Cole dan  Alyssa Scott menyambut Hari Ibu bersama emaknya.

“Saya menghabiskan masa menyambut Hari Ibu bersama emak saya. Ia Hari Ibu, bukan Hari Anak-Anak Dari Ibu!,”katanya seperti dilaporkan E!News.

Bagaimanapun kata Cannon, dia akan memastikan membantu anak-anaknya memilih hadiah terbaik buat ibu mereka.

“Saya hargai mereka (wanita). Mereka mendapat hadiah daripada anak-anak. Dan saya juga cuba sehabis baik untuk terlibat sama dengan anak-anak dalam semua rancangan mereka kerana mereka anak-anak saya,” katanya lagi.

Bersama Carey, Cannon memiliki dua anak iaitu  Monroe dan Moroccan. Dia juga mempunyai anak hasil perkongsian hidup bersama La Rossa yang lahir pada 14 Jun 2021 iaitu sepasang kembar,  Zion Mixolydian Cannon dan Zillion Heir Cannon.

Malah pada 23 Jun tahun yang sama, Cannon juga menimang seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Zen, hasil hubungan dengan model, Scott. Bagaimanapun Cannon mengumumkan berita duka, Zen meninggal dunia beberapa bulan selepas dilahirkan kerana kanser.

Antara anak lain yang dimiliki Cannon adalah Legendary Love Cannon (combar 8), Beautiful Zeppelin Cannon yang dilahirkan Abby pada November  2022 sekaligus anak ke-11nya dan terakhir Halo Marie Cannon yang diahirkan Scott pada Disember tahun sama.

Anda mungkin berminat dengan

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Must Watch Video

Advertisement