Skip to main content

Hiburan

Ada 2 Sebab Ameng Spring Tak Ada Masa Zaman Azeva Membesar - “Masa Itu Saya Masuk Jail…”

Ameng Spring

Sekilas

  • Ameng Spring jelaskan ketiadaannya dalam hidup anak perempuan, Azeva, disebabkan perceraian dan tempoh dia dipenjara selama lapan tahun.
  • Ameng terangkan bahawa tempoh penjara dan faktor lain menyebabkan dia tidak dapat bersama Azeva ketika anaknya membesar dan melanjutkan pelajaran di Australia.
  • Azeva berkongsi perasaan sedih membesar tanpa kehadiran ayah walaupun orang luar melihat kehidupannya mudah dan serba cukup.
Advertisement

Penyanyi Ameng Spring tampil menjelaskan mengenai kenyataan anak perempuannya iaitu Azeva yang berkongsi pengalaman zaman kecil tanpa sosok seorang bapa. 

 

Advertisement

Menerusi video yang tular di Instagram, Ameng mendedahkan ada dua sebab ketiadaannya ketika zaman Azeva sedang membesar. 

 

“Ada dua sebab… satu sebab masalah selepas perceraian, yang itu saya tak boleh cerita panjang la. Kedua, sebab masa itu saya masuk jail. 

Advertisement

 

“Jadi ada dua sebab yang menyebabkan Azeva hilang ayah dua kali. Satu hilang selepas bercerai, satu lagi bila nak cuba balik hubungan itu, saya masuk jail,” jelasnya. 

 

Dalam pada itu, Ameng juga memberitahu tempoh lapan tahun dalam penjara dan beberapa foktor lain membuatkan masa dia dengan Azeva tiada. 

 

“Jadi macam mana… bukan masuk jail lapan hari, tapi lapan tahun. Saya masuk penjara, katalah umur dia 12 tahun, campur lapan tahun… tak ke umur dia 20 tahun. 

 

“Bila dah remaja, dia pula sambung belajar di Australia. Takkan saya nak duduk Australia. Jadi ada beberapa faktor la. Tapi yang dia cerita itu betul la,” kata Ameng. 

 

Sebelum ini, Azeva sebak mengenang pengalaman membesar tanpa kehadiran sosok seorang bapa yang boleh menjadi tempat bergantung dan meluahkan perasaan.

 

Menurut Azeva, meskipun orang luar melihat kehidupannya sebagai mudah kerana sering mendapat apa yang diinginkan, mereka tidak mengetahui kesukaran yang terpaksa dilaluinya seorang diri.

 

Sumber - Instagram

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement