Skip to main content

Hiburan

“Ada Babak Kena Dukung, Keterlaluan…Nak Cakap Pun Geli” – Elvina

Astro Gempak 552

Sekilas

  • Datin Elvina Mohamad terpaksa menarik diri daripada sebuah telefilem kerana enggan melakukan babak yang melebihi batas keselesaan dirinya.
  • Walaupun teruja untuk kembali berlakon, Elvina tidak bersetuju dengan permintaan produksi dan stesen TV yang mahu mengekalkan babak keterlaluan tersebut.
  • Elvina menegaskan setiap pelakon ada prinsip dan batasan masing-masing yang perlu dihormati, dan dia yakin akan ada rezeki lain di masa hadapan.

Pelakon Datin Elvina Mohamad mengakui terpaksa melepaskan peluang berlakon dalam sebuah telefilem selepas enggan menjayakan beberapa babak yang disifatkan melampaui batas keselesaannya sebagai pelakon.

Menerusi perkongsian dalam Threads, Elvina berkata dia pada awalnya teruja untuk kembali ke lokasi penggambaran selepas agak lama tidak berlakon.

“Kadang-kadang naluri kita ini betul.

“Rasa teruja, tetapi pada masa sama rasa macam berat. Entah, susah nak digambarkan,” katanya.

Menurut Elvina, dia sepatutnya memulakan penggambaran telefilem tersebut dalam masa terdekat sebelum membuat keputusan menarik diri.

“Sepatutnya lusa dah nak masuk set untuk telefilem.

“Dah teruja sebab lama tak berlakon, tetapi akhirnya tak jadi,” ujarnya.

efrg

Pelakon berusia 30 tahun itu mendakwa keputusan tersebut dibuat selepas pihak produksi dan stesen televisyen berkeras mahu mengekalkan beberapa babak yang membuatkannya tidak selesa.

“Sebab pengarah, penerbit dan stesen TV berkeras nak buat babak yang bagi saya agak keterlaluan.

“Ada babak kena dukung dan ada satu lagi babak yang saya memang tak selesa langsung dan bagi saya agak keterlaluan. Nak cakap pun geli,” katanya.
Menurutnya, dia sudah cuba mencari jalan tengah dengan mencadangkan perubahan pada skrip atau penggunaan teknik kamera, namun cadangan tersebut tidak dipersetujui.

“Bila saya minta tukar skrip atau guna helah kamera, katanya tak boleh,” jelasnya.

Bagaimanapun, Elvina berkata setiap pelakon mempunyai prinsip dan batasan tersendiri yang perlu dihormati.

“Pada akhirnya, saya ada batas dan perkara yang saya tidak selesa untuk lakukan.

“Jadi tak mengapa. Mungkin kerja ini memang bukan rezeki saya.

“Ada rezeki lain, insya-Allah,” katanya.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

3-in-1 Bluetooth Selfie Stick – 360° Rotation, Monopod Tripod With Remote Control & Detachable Shutter

3-in-1 Bluetooth Selfie Stick – 360° Rotation, Monopod Tripod With Remote Control & Detachable Shutter

Must Watch Video

Advertisement