Skip to main content
Advertisement

Hiburan

“Ada Cakap Normal Panggil First Name Tapi Kita Bukan Mat Salih” - Azhan Rani

Azhan Rani

Sekilas

  • Azhan Rani tidak selesa dipanggil 'Rani' kerana itu nama arwah bapanya dan menganggap tindakan mentertawakan tegurannya sebagai biadab.
  • Azhan berkongsi pengalaman di Gunung Agung, Bali, di mana seorang individu tetap memanggilnya 'Rani' walaupun sudah diberitahu dengan jelas.
  • Pelakon itu lebih selesa menjauhkan diri daripada individu yang mengganggu ketenteraman fikirannya, terutama di media sosial dengan cara memblokir mereka.
Advertisement

Pelakon Azhan Rani mengakui dirinya kurang selesa apabila ada pihak memanggilnya dengan nama ‘Rani’, memandangkan nama tersebut merupakan nama arwah bapanya.

 

Advertisement

Menurut Azhan, dia tidak kisah jika ada yang tersilap memanggilnya demikian, namun menganggap tindakan mentertawakan atau membalas secara sinis selepas membuat teguran sebagai biadab. 

 

“Mungkin karakter saya orang nampak suka bergurau. Tapi ada bahagian yang kita kena hormat, sebagai contoh arwah bapa saya. Mungkin ada yang cakap normal kalau orang panggil first name, tapi kita bukan mat salih. 

 

“Jadi logiknya orang akan panggil nama depan, jarang panggil nama belakang. Macam nama Rosyam Nor, kita tak pernah panggil Nor, kan? Aina Abdul, tak ada pula panggil Abdul.

 

“Saya tak marah kalau mereka salah, saya masih boleh terima. Tapi bila saya betulkan, ditertawakan dan dibalas secara sinis, pada saya itu agak biadab,” katanya kepada Gempak.

 

Pelakon drama Bulan Henti Bicara itu turut berkongsi satu insiden ketika berada di Gunung Agung, Bali, apabila seorang individu memanggilnya dengan nama ‘Rani’ ketika mahu bergambar.

 

“Pernah terjadi satu insiden ketika saya di Gunung Agung, Bali. Saya tengah penat, atas puncak itu ada seorang ini panggil, ‘Rani, Rani, mari sini ambil gambar’.

 

“Saya terangkan kepada dia, Rani itu arwah bapa saya, tapi dia gelak. Bila saya terangkan lagi pun, dia tak dapat faham. Kalau saya marah, nanti jadi perhatian dan isu. 

 

“Saya hanya minta secebis pemahaman daripada orang bahawa ada bahagian yang saya tak selesa dan saya tak boleh tipu diri saya. Mungkin orang tak kisah, tapi saya kisah sebab arwah bapa saya,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Azhan berkata dia lebih selesa menjauhkan diri daripada individu yang mengganggu ketenteraman fikirannya, terutama di media sosial.

 

“Kalau macam dalam media sosial, paling-paling tidak pun kerja saya setiap hari saya block orang. Sebab netizen memang sentiasa betul.

 

“Jadi tak apa, saya jarakkan diri saya, saya block. Saya tak pernah peduli followers saya sikit atau kurang,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement