Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Ada Kerjaya & Pendapatan Sendiri, Badron Munirah Seronok Sediakan Keperluan Keluarga - “Ego Sebagai Lelaki Untuk Jadi ‘Provider’ Semakin…”

ASTROGEMPAK Badron Munirah

Sekilas

  • Badron Munirah kini lebih fokus menjadi anak yang bertanggungjawab dengan membelanjakan pendapatan sendiri untuk keluarga terutama ibu bapa dan anak buah.
  • Dia lebih gemar menyambut Aidilfitri di kampung halamannya di Sarawak kerana suasana perayaan yang lebih meriah dan tradisi kunjung-mengunjung yang berpanjangan.
  • Pelakon berusia 27 tahun ini juga berhasrat untuk memberi sumbangan kepada golongan memerlukan di Sarawak sempena Aidilfitri.
Advertisement

Sambutan Aidilfitri tahun ini memberi makna yang berbeza buat pelakon Badron Munirah selepas memiliki kerjaya sebagai selebriti dan mempunyai pendapatan sendiri. 

 

Advertisement

Kata Badron atau Mohammad Nur-Badron Munirah Rio Abdillah, dia bertekad untuk menjadi seorang anak yang bertanggungjawab dengan membelanjakan sebanyak yang mungkin untuk keluarga. 

 

"Sudah meningkat dewasa ini dan bergelar sebagai pelakon, saya lebih suka memberi daripada menerima terutama kepada anak buah saya yang sudah lama tidak jumpa.

Advertisement

 

"Bagi saya, itu adalah kepuasan untuk saya. Selain itu, kewajipan kepada ibu bapa adalah keutamaan kepada saya. Itu yang saya kena tunaikan.

 

"Saya pun sudah ada pendapatan sendiri, jadinya ego sebagai lelaki untuk jadi 'provider' semakin tinggi. Saya jadi seronok bila dapat sediakan semua keperluan kepada keluarga," katanya. 

 

Dalam pada itu, Badron berkata dia juga lebih gemar menyambut Aidilfitri di kampung halamannya di Sarawak kerana suasana perayaan di negeri berkenaan dianggap lebih meriah.

 

Menurut pelakon dan pencipta kandungan ini, tradisi kunjung-mengunjung yang berlarutan sepanjang bulan Syawal membuatkan sambutan Hari Raya di sana terasa lebih istimewa.

 

"Saya memang suka beraya dekat Sarawak. Sebab ibaratnya memang seperti 30 hari beraya. Memang meriah. Apa yang paling saya suka adalah laksa Sarawak. Pergilah setiap rumah, memang itu paling saya cari.

 

"Saya lebih memilih beraya di Sarawak berbanding di Semenanjung," ujarnya. 

 

Dalam masa sama, pelakon berusia 27 tahun ini berkata dia berhasrat untuk memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Sarawak semasa Aidilfitri ini.

Anda mungkin berminat dengan

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

ELGINI E16444 Baju-T Lengan Panjang Kapas S-XXL | Graphic Long Sleeve Cotton Tee

ELGINI E16444 Baju-T Lengan Panjang Kapas S-XXL | Graphic Long Sleeve Cotton Tee

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Tali Jam 1.0CM (29961099TJ)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Tali Jam 1.0CM (29961099TJ)

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

1258 LATIFF Safety Shoes Kasut Kerja Anti Slip Anti Smash Protective Steel Lightweight Kasut Lelaki Toe Cap

1258 LATIFF Safety Shoes Kasut Kerja Anti Slip Anti Smash Protective Steel Lightweight Kasut Lelaki Toe Cap

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Must Watch Video

Advertisement