Skip to main content

Berita Tempatan

"Ada Luka Yang Tak Boleh Disentuh Sebelum Masanya" - Erma Fatima Kembali Mengarah

Astro Gempak erma luka

Sekilas

  • Erma Fatima akhirnya bersedia berkongsi tentang naskhah terbaharu arahannya berjudul Jangan Panggil Aku Gus yang diilhamkan daripada kisah benar.
  • Naskhah ini mengetengahkan sisi kemanusiaan tentang bagaimana satu nama boleh menjadi beban dalam kehidupan seseorang tanpa bertujuan menghukum sesiapa.
  • Projek ini melibatkan kerjasama Malaysia-Indonesia dengan barisan pelakon terkenal dari kedua-dua negara, namun bentuk penerbitannya masih belum diumumkan.

Selepas sekian lama tidak duduk di kerusi sutradara, Erma Fatima akhirnya bersedia berkongsi tentang naskhah terbaharu arahannya berjudul Jangan Panggil Aku Gus.

Penerbit dan pengarah berusia 58 tahun itu mendedahkan dia sengaja menunggu detik yang tepat sebelum mendedahkan projek tersebut kepada umum. Baginya, tidak semua cerita sesuai diceritakan terlalu awal.

“Sebenarnya saya sudah lama tunggu waktu yang sesuai. Ada cerita yang tak boleh diceritakan terlalu awal.

“Ada luka yang tak boleh disentuh sebelum masanya.

“Mungkin sekarang dah tiba waktunya untuk saya zahirkan satu naskhah dari sebuah kisah benar,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Menurut Erma, naskhah tersebut lahir daripada idea sendiri dan bukan bertujuan untuk menghukum atau memihak kepada sesiapa. Sebaliknya, ia mengetengahkan sisi kemanusiaan tentang bagaimana satu nama boleh menjadi beban dalam kehidupan seseorang.

“Saya boleh sahaja memilih untuk menulis dan melihat orang lain mengarahkannya tetapi naskhah ini saya sendiri yang memilih untuk arahkan.

“Saya tidak menulis untuk menghukum atau membuka mata sebaliknya tentang bagaimana nama boleh menjadi beban.

“Jangan Panggil Aku GUS,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Erma masih belum memperincikan bentuk penerbitan karya tersebut sama ada sebagai drama bersiri atau filem layar perak.

Terdahulu, perkongsiannya di Instagram mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikut apabila memuat naik foto berada di set penggambaran bagi sebuah projek yang difahamkan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia.

Turut kelihatan dalam foto tersebut barisan pelakon terkenal seperti Umie Aida, Vanidah Imran, Puteri Sarah, Anna Jobling serta pelakon Indonesia seperti Lukman Sardi, Bima Samudra, Elina Joerg dan Valentino.

Sebelum ini, karya arahannya Bidaah pernah mencetus fenomena dan menjadi tular di Indonesia, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai pengarah yang berani mengangkat isu sensitif dengan pendekatan berlapis dan penuh emosi.

Dengan judul yang cukup provokatif, Jangan Panggil Aku Gus dijangka sekali lagi mengundang perhatian dan perbincangan hangat dalam kalangan penonton.

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Must-Watch Video

Advertisement