Ringkasan AI
- Pelakon Zarina Anjoulie menegur netizen yang gembira dengan khabar angin putus cinta antara Ameera Khan dan Jefri Nichol.
- Anju menyatakan dia peminat tegar Ameera dan kecewa dengan sikap negatif sesetengah pihak terhadap pasangan itu.
- Dia menegaskan ramai orang Malaysia suka melihat kejatuhan orang lain tanpa sebab yang baik.
- Zarina meminta orang ramai berhenti bercakap buruk tentang Ameera dan Jefri serta mendoakan yang baik untuk mereka.
- Desas-desus putus cinta itu timbul selepas mereka tidak lagi mengikuti satu sama lain dan tiada gambar mesra di media sosial.
Pelakon, Zarina Anjoulie tampil menegur segelintir netizen yang dilihat seakan gembira dengan dakwaan yang mengatakan selebriti media sosial, Ameera Khan sudah pun berpisah dengan kekasih yang juga aktor Indonesia, Jefri Nichol.
Menurut Zarina yang lebih mesra disapa Anju, dia juga berasa hairan dengan segelintir pihak yang seakan gembira melihat kejatuhan dan kesedihan orang lain.
“Untuk anda yang tak tahu, saya merupakan peminat tegar kepada Ameera Khan. Dia comel, cantik dan saya suka setiap perkara tentang dia.”
“Tapi baru-baru ini ada khabar angin yang mengatakan dia dah putus dengan kekasih dia. Lepas itu ramai yang gelakkan dan cakap, ‘Padan muka. Memang tunggu saja dan nak gelakkan sebab Jefri itu tak bagus,”.
“Janganlah bercakap macam korang ini tak ingin kan dia siap cakap dia ‘playboy’. Kalau dia mesej korang mesti korang pun akan melayan.”
“Apa yang saya lihat ialah, kebanyakkan orang Malaysia suka sangat melihat kejatuhan orang lain sebab korang tak ada benda yang lagi elok nak buat,” kongsinya.
Di akhir perkongsian, pelakon drama ‘Curang Tanpa Niat’ itu menitipkan pesan kepada orang ramai untuk tidak lagi bercakap buruk mengenai Ameera mahupun Jefri.
“Tolonglah, jangan kacau ‘baby’ saya. Saya suka dia, dia sangat comel.”
“Kalau betul ada hati yang baik, doakan saja yang baik-baik untuk mereka,” ujarnya.
Terdahulu, tular dakwaan mengatakan Ameera dan Jefri sudah tidak lagi bersama selepas mereka dilihat tidak lagi mengikuti profil media sosial masing-masing.
Desas-desus itu bertambah kuat selepas tiada lagi gambar mesra mereka bersama di media sosial.
Sumber: Instagram Zarina Anjoulie