Skip to main content

Hiburan

Ada Netizen Yang Label Sebagai ‘Kapitalis’, Khairul Aming Terkilan - “Kalau Saya Berniaga Sakitkan Hati Anda, Saya Minta Maaf”

Ada Netizen Yang Label Sebagai ‘Kapitalis’, Khairul Aming Terkilan -  “Kalau Saya Berniaga Sakitkan Hati Anda, Saya Minta Maaf”

Sekilas

  • Khairul Aming meluahkan rasa sedih apabila usahanya dikritik sebagai bersifat kapitalis walaupun ia memberi manfaat kepada ramai pihak termasuk pekerja dan pembekal.
  • Beliau menegaskan bahawa hasil perniagaan bukan hanya untuk pemilik tetapi juga melibatkan vendor, penghantar, pelanggan, cukai negara dan pungutan zakat.
  • Khairul Aming baru-baru ini melancarkan projek 'Bandar', livestream pertama di Malaysia yang menghimpunkan pelbagai jenama sempena kempen jualan 9.9 di TikTok.
Advertisement

Usahawan dan pempengaruh Khairul Aming meluahkan rasa sedih apabila ada pihak melabel usahanya mengembangkan perniagaan sebagai bersifat kapitalis.

Menerusi Threads, Khairul Aming berkata, dia hairan apabila usaha usahawan tempatan untuk berkembang sering dipandang serong sedangkan kejayaan sesebuah perniagaan turut memberi manfaat kepada ramai pihak.

“Sejujurnya sedih juga macam ini. Usahawan negara lain maju berniaga, tapi bila kita yang tempatan nak buat, jadi serba tak kena.

“Kita nak usahawan tempatan ‘grow’ ke depan tapi dalam masa sama sentimen kapitalis yang diletakkan,” katanya.

Khairul Aming tampil memberi respons terhadap pandangan tersebut selepas ada beberapa individu yang meninggalkan komen dengan mendakwa dirinya bersifat kapitalis.

Menurutnya lagi, hasil daripada sesebuah perniagaan bukan hanya dinikmati pemilik sebaliknya turut melibatkan pekerja, pembekal, vendor, penghantar serta pelanggan.

“Hasil perniagaan ini untuk semua. Pekerja, ‘supplier’, vendor, abang ‘courier’, pelanggan, cukai negara dan pungutan zakat, semuanya dapat manfaat.

“Segala ilmu yang dapat, saya turunkan kepada semua untuk sama-sama belajar. Kalau dengan saya berniaga ini sakitkan hati anda, saya minta maaf,” ujarnya.

rg



Terdahulu, Khairul Aming memperkenalkan projek terbaharunya iaitu ‘Bandar’ livestream pertama di Malaysia sempena kempen jualan 9.9 di TikTok.

Projek tersebut menghimpunkan pelbagai jenama dalam satu kawasan yang menjalankan sesi siaran langsung secara serentak.

Advertisement

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Must Watch Video

Advertisement