Skip to main content

Hiburan

“Ada Orang Suka, Ada Yang Tak Suka Kita, Itu Lumrah Kehidupan” – Siti Khadijah Halim

“Ada Orang Suka, Ada Yang Tak Suka Kita, Itu Lumrah Kehidupan” – Siti Khadijah Halim

Sekilas

  • Siti Khadijah Halim menganggap pengalaman berdepan individu yang tidak bekerjasama sebagai perkara biasa dalam industri hiburan yang perlu diterima.
  • Dia berkongsi pengalaman kurang menyenangkan untuk memberi semangat kepada mereka yang menghadapi situasi sama supaya terus berjaya.
  • Siti Khadijah memilih untuk tidak memulihkan hubungan dengan individu terbabit dan tidak mahu melabel dirinya sebagai mangsa pemulauan.
Advertisement

Pelakon Siti Khadijah Halim menganggap pengalaman berdepan individu yang enggan bekerjasama atau bergandingan dengannya sebagai asam garam industri hiburan yang tidak dapat dielakkan.

Menurut Siti Khadijah, dia menerima hakikat bahawa tidak semua orang akan menyenangi dirinya dan memilih untuk meneruskan kehidupan tanpa terlalu memperbesarkan perkara tersebut.

Advertisement

“Benda itu sebenarnya saya anggap sebagai asam garam dalam industri. Benda yang tak boleh nak dielakkan, ada orang suka dan tak suka kita, itu lumrah kehidupan.

“Saya rasa dekat mana-mana tempat bekerja pun ada benda macam itu. Jadi apa yang saya boleh buat adalah terima dan teruskan kehidupan,” katanya.

Siti Khadijah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pembukaan kedai fizikal pertama jenama NADA di KL East Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Advertisement

Mengulas mengenai tindakannya sebelum ini yang terbuka berkongsi pengalaman kurang menyenangkan dalam industri, Siti Khadijah berkata dia sekadar mahu memberikan semangat kepada individu lain yang berdepan situasi sama.

“Saya sebenarnya sekadar berkongsi sebab tahu mungkin ada ramai lagi orang yang hadapi benda sama macam saya.

“Banyak juga mesej yang saya dapat daripada orang yang rasa sedih dan minta kata-kata semangat.

“Jadi saya berkongsi supaya orang di luar sana tahu kalau saya boleh hadapi dan sampai ke tahap sekarang, mereka pun boleh cuba. Kita boleh sama-sama berjaya walaupun macam-macam perkara berlaku,” ujarnya.

Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada hubungan dengan individu terbabit sudah kembali pulih, Siti Khadijah mengakui lebih selesa membiarkan keadaan seperti sekarang.

“Saya rasa eloklah tak payahlah (bertegur sapa). Biarlah apa yang terjadi itu terjadi. Saya pun okey dengan keadaan sekarang,” katanya.

Dalam masa sama, Siti Khadijah enggan melabelkan dirinya sebagai mangsa pemulauan kerana tidak menolak kemungkinan sikapnya sendiri turut menyumbang kepada keadaan tersebut.

“Tak beranilah nak cakap dipulaukan. Mungkin saya sendiri ada silap juga, mungkin saya tak begitu terbuka atau tak begitu mesra.

“Mungkin wajah saya tak mengundang orang untuk datang bercakap dengan saya. Tapi terpulanglah, saya pun tak tahu nak komen apa,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

READY STOCK WOOHUU Men Outdoor Sneaker Sport Shoes Kasut Sukan Lelaki Sneakers Fashion 562

READY STOCK WOOHUU Men Outdoor Sneaker Sport Shoes Kasut Sukan Lelaki Sneakers Fashion 562

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

GOOJODOQ Switch Magnetic Suction High Sensitivity Stylus Touch Pen

GOOJODOQ Switch Magnetic Suction High Sensitivity Stylus Touch Pen

Must Watch Video

Advertisement