Skip to main content

Selebriti

Ada Sebab Achey Tolak Tawaran Jakel Untuk Tiara Jadi Duta - “Kami Bersyukur Sangat, Cuma…

Ada Sebab Achey Tolak Tawaran Jakel Untuk Tiara Jadi Duta

Pelawak, Achey mempunyai alasan tersendiri untuk menolak tawaran daripada jenama pakaian terkenal, Jakel, yang ingin melantik anaknya, Tiara, sebagai duta.

Menurut Achey, dia menolak tawaran tersebut kerana bimbang Tiara belum bersedia untuk menyempurnakan tugasan dan tugasan dengan baik.

Advertisement

“Jakel bukan syarikat kecil, bukan tolak rezeki tetapi Tiara adalah seorang yang random, tidak boleh dijangka.

“Saya dan isteri fikirkan apa yang dia boleh buat. Bukan soal imbuhan. Kami takut Tiara tak mampu nak penuhi permintaan Jakel untuk sampaikan sesuatu konten.

“Kita tak nak merosakkan nama baik yang sedia ada. Itu maksudnya, saya bukan tolak rezeki. Saya bersyukur sangat cuma rasa risau itu ada.

“Takut tak mampu macam orang lain, bukan soal tawaran tapi soal mampukah dia lakukannya,” jelas Achey menerusi video pendek yang dimuat naik di TikTok miliknya.

 

@achey_kintangkintung Replying to @CikAmy Ermiza l Fashion Entire semoga menjawap.. alahhh tiara nakkk #tiarabillboard ♬ original sound - ACHEY KINTANG KINTUNG

 Terdahulu, Tiara sebelum ini menjadi perhatian netizen selepas mengadu pada Achey yang mahu melihat wajahnya terpampang di papan iklan billboard.

 

Bagaimanapun Achey berseloroh mengatakan impian anak perempuannya itu terlalu tinggi,

Namun tidak lama selepas video itu tular, Jakel tampil membuat kejutan apabila melamar Tiara untuk menjadi duta jenama mereka.

Must-Watch Video

Advertisement