Skip to main content

Hiburan

Ada Sebab Nikah Tiz Zaqyah & Kekasih Ditunda, Sasar Kahwin Tahun Ini - “Bila Tarikh Dah Ada, Semestinya…”

Tiz Zaqyah

Sekilas

  • Tiz Zaqyah dan Nas Amer merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan pada hujung tahun ini selepas terpaksa menangguhkan rancangan asal pada Jun lalu kerana jadual kerja yang padat.
  • Mereka sedang menyusun semula jadual untuk memilih tarikh yang sesuai dan berjanji akan memaklumkan media sebaik sahaja tarikh dimuktamadkan.
  • Persiapan majlis sudah mencapai 50 peratus dan keluarga kedua-dua belah pihak sudah bersedia sepenuhnya untuk majlis tersebut.
Advertisement

Pelakon Tiz Zaqyah dan teman lelakinya iaitu Nas Amer  mendedahkan mereka kini dalam perancangan untuk melangsungkan majlis perkahwinan pada hujung tahun ini jika segala perancangan berjalan lancar.

Advertisement

Menurut Nas, perancangan awal untuk mendirikan rumah tangga pada Jun lalu terpaksa ditangguhkan atas faktor jadual kerja yang padat dan beberapa kekangan lain yang tidak dapat dielakkan.

“Macam yang saya pernah beritahu sebelum ini, kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakannya (majlis) pada tahun ini.

“Tetapi buat masa ini jadual kami berdua agak sukar, selain ada beberapa kekangan kecil di sana sini,” katanya kepada Gempak. 

Tiz dan Nas berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Pembukaan Butik Royal Sembilan di Bangsar Shopping Centre pada baru-baru ini. 

Mengulas lanjut mengenai penangguhan tersebut, Nas menjelaskan dia dan Tiz bagaimanapun tetap akan merealisasikan impian pada tahun ini bersempena dengan hari kelahirannya.

“Kami akan cuba juga tahun ini. Insya-Allah, memandangkan kami dah tertangguh niat nak buat bulan Jun lalu, jadi mungkin sasaran seterusnya adalah pada hujung tahun ini bersempena dengan hari lahir saya,” ujarnya.

Tambah Nas, mereka berdua kini sedang menyusun semula jadual demi memuktamadkan tarikh yang betul-betul sesuai. 

“Kami akan cuba yang terbaik untuk muktamadkan tarikh baharu. Macam saya kata sebelum ini, bila tarikh itu dah ada nanti, semestinya korang (media) akan jadi orang pertama yang tahu,” katanya. 

Sebelum ini pada November tahun lalu, Nas ketika ditemui media berkongsikan bahawa persiapan majlis perkahiwnan mereka sudah mencapai 50 peratus. 

Selain itu, Nas turut berkongsi bahawa pihak keluarga kedua-dua belah juga sudah sepenuhnya bersedia.

“Kalau dari segi keluarga, memang dah 100 peratus. Cuma persiapan daripada kami, 50 peratus dah ready cuma nak pilih tarikh, pilih tempat dan lain-lain.

“Kalau kami dah dapat tarikh, kami akan umumkan. Insya-Allah tahun depan,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

adidas Lifestyle Run 84 Shoes Men Beige JI4869

adidas Lifestyle Run 84 Shoes Men Beige JI4869

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

Unisex Shoe insole shoes men Shoe padding Tapak Kasut Dalam Pelapik Kasut Shoe insole arch support 鞋垫防痛久站

Unisex Shoe insole shoes men Shoe padding Tapak Kasut Dalam Pelapik Kasut Shoe insole arch support 鞋垫防痛久站

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Must Watch Video

Advertisement