Skip to main content

Hiburan

Ada Sebab Say Shazril Pilih Isteri Berbanding Anak - "Kita Terlalu Fokus Untuk..."

Ada Sebab Say Shazril Pilih Isteri Berbanding Anak - "Kita Terlalu Fokus Untuk..."

Sekilas

  • Dr. Say Shazril mengakui akan memilih isteri berbanding anak-anak jika perlu membuat pilihan antara kedua-duanya.
  • Beliau menegaskan kasih sayangnya terhadap anak-anak tetap kuat, tetapi isteri adalah orang yang paling memahami dirinya secara mendalam.
  • Dr. Say menasihatkan suami supaya tidak mengabaikan hubungan dengan isteri walaupun sibuk menjaga kebahagiaan anak-anak.
Advertisement

Personaliti media sosial, Dr. Say Shazril mencuri perhatian apabila mengakui dirinya akan memilih isteri berbanding anak-anak sekiranya berdepan situasi perlu membuat pilihan antara kedua-duanya.

Jelas Dr.Say, kenyataannya mungkin kedengaran kontroversi, Dr Say menjelaskan keputusan tersebut bukan bermaksud kasih sayangnya terhadap anak-anak berkurangan.

Advertisement

“Kalau saya kena pilih antara anak-anak atau bini, sejujurnya saya akan pilih bini, tanpa perlu berfikir panjang. Baru-baru ini saya ditemu bual dan salah satu soalannya ialah, kalau saya kena pilih anak-anak atau isteri, siapa yang saya akan pilih? Tanpa teragak-agak, saya jawab saya pilih isteri.

“Saya tahu jawapan ini mungkin kedengaran agak kontroversi, tetapi dengar dulu penjelasan saya. Sudah tentu saya sayangkan anak-anak lebih daripada apa yang mampu saya ungkapkan. Bagi saya, isteri bukan sekadar ibu kepada anak-anak. Dialah orang yang mengenali saya luar dan dalam.

“Dia nampak sisi saya yang orang lain tidak nampak. Dia tahu bila saya penat, bila saya sedang bergelut dengan sesuatu, malah ketika saya sendiri tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan perasaan, dia mampu memahaminya,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, Dr Say berpendapat golongan bapa kadangkala terlalu memberikan tumpuan untuk menjadi ayah terbaik kepada anak-anak sehingga terlupa tanggungjawab untuk terus menjadi suami yang baik kepada pasangan.

Katanya, selain memastikan keperluan dan kebahagiaan anak-anak terjaga, suami juga perlu meluangkan masa untuk bertanya khabar serta berbual dari hati ke hati dengan isteri.

“Kadangkala sebagai bapa, kita terlalu fokus untuk menjadi ayah terbaik kepada anak-anak sehingga terlupa untuk menjadi suami terbaik buat isteri.

“Kita sibuk memastikan anak-anak gembira dan semua keperluan mereka mencukupi, tetapi bila kali terakhir kita berbual secara mendalam dengan isteri? Bila kali terakhir kita bertanya bagaimana harinya?

“Bagi saya, menyayangi isteri tidak bermaksud saya kurang menyayangi anak-anak. Malah, saya mahu anak-anak membesar dengan melihat bagaimana seorang lelaki sepatutnya menyayangi dan menghormati isterinya,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Dr Say percaya anak-anak suatu hari nanti akan membesar dan menjalani kehidupan sendiri, manakala wanita yang dipilih sebagai pasangan hidup akan terus menemani suami hingga ke usia tua.

Justeru, dia menitipkan pesanan kepada golongan suami agar tidak mengabaikan hubungan dengan isteri meskipun sibuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa.

“Suatu hari nanti, anak-anak kita akan membesar dan mempunyai kehidupan sendiri. Namun, wanita yang kita pilih untuk menjalani kehidupan bersama itulah yang akan terus berada di sisi sehingga kita tua.

“Kesimpulannya, buat semua suami di luar sana, sayangilah anak-anak sepenuh hati tetapi jangan lupa menjaga hati wanita yang bersama-sama membesarkan anak-anak dengan kita,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement